Apakah kita orang yang berat dalam mendirikan solat? (Sengaja tinggalkan solat/sengaja melewatkan/tidak mengambil berat perihal syarat-rukun-khusyuk dll).
Berat dalam mendirikan solat sekaligus bererti berat juga dalam memohon pertolongan Allah 🥹
8. Khusyuk tidak terbatas di dalam solat sahaja. Kekhusyukan bererti ketundukan dan kepatuhan seluruh anggota badan luaran dan dalaman, kepada Allah dan seluruh penyusunan-Nya. Dan ia akhirnya akan menatijahkan ketenangan hati.
9. Maka, yang tunduk dan patuh kepada Allah dengan sebenar-benar ketundukan dan kepatuhan sahaja yang mampu bersegera mendapatkan bantuan Allah dengan jalan sabar dan solat.
10. Di hujung 153, Allah menyatakan bahawa Dia bersama orang-orang yang bersabar. Ia bererti, sertakanlah Allah dalam setiap langkah untuk menghilangkan kesakitan, mengatasi keresahan, menyingkirkan kebimbangan, kesulitan, kesedihan dan sebagainya. Kerana, apabila Allah bersama kita dalam perjuangan ini, tiada apa yang mustahil dan apa yang dihajatkan akan berhasil. Kesulitan akan digantikan dengan kemudahan, kesakitan kelak digantikan dengan kesembuhan, kedukaan bakal digantikan dengan kebahagiaan. ‘Sertakan’ Allah dalam perjuangan kita menahan diri saat tertimpa kesulitan, kerana kebersamaan-Nya akan membuahkan kemudahan. Ayat ini menunjukkan kebersamaan Allah (kasih sayang, pertolongan dan dekatnya Dia) dengan orang yang bersabar.
______
Untuk ana dan kita semua, semoga kita menjadi dikalangan hamba-Nya yang saat terjatuh, sakit, gagal atau bersedih, khususnya - tiada tempat lain yang kita pulang untuk meminta pertolongan dan kekuatan melainkan kepada Allah, dengan cara sabar dan solat. Dan mudah-mudahan, awal ayat 153 menjadi motivasi kita untuk bersegera, kerana kata ulama, orang beriman tidak menunda-nunda, orang beriman tidak bertangguh dan segera melaksanakan ketaatan kepada Allah apabila diperintahkan.
Maka, kita sebagai orang beriman (mudah-mudahan) bersegeralah mendapatkan pertolongan Allah dengan menahan diri walaupun kita tidak gemar akan sesuatu yang berlaku (sabar) dan akuilah ketuhanan Allah dengan tasbih, tahmid, takbir, berdoa dan bacaan Al-Quran (solat), kerana pasti kekuatan, kemuliaan, kesembuhan dan kecukupan dikurniakan Allah sebagai ganjaran kepada kita, Aamiin 💚
Sekadarnya, mohon teguran sekiranya ada kesalahan. BarakAllahu fiikum.
ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم
Rujukan :
1. تدبر سورة البقرة
2. تفسير النابلسي
3. التفسير التربوي للقرآن الكريم
4. Tafsir al-Mishbah
#Tafsir
#Tadabbur
#Ramadan1445H
#SabarDanSolat
#PohonRezeki