Belum ada ulasan. Jadilah yang pertama untuk membagikan pendapat Anda!
Postingan Terbaru
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ SUARA ANDA, MIMBAR UMMAH ๐
Pernah terfikirโฆTulisan anda menjadi khutbah yang didengar ribuan jemaah setiap minggu?
Kini peluangnya tiba.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
mempelawa anda menyertai:
โจ PERTANDINGAN PENULISAN TEKS KHUTBAH JUMAAT PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 โจ
๐๏ธ Tarikh: 24 April โ 15 Mei 2026
๐ Tema Pilihan:
๐น Akidah
๐น Akhlak
๐น Kemasyarakatan
๐น Isu Semasa
๐ Menariknyaโฆ
๐ Hadiah wang tunai RM800 kepada 3 orang pemenang
๐ Teks khutbah anda berpeluang dibacakan di seluruh masjid & surau Jumaat Wilayah Persekutuan
โ๏ธ Ini bukan sekadar pertandingan.
Ini peluang untuk menyampaikan dakwah,
membentuk pemikiran dan menyentuh hati ummah melalui mimbar Jumaat.
๐ฒ Imbas QR pada poster untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.
Jangan berlengah.
Mungkin tulisan andaโฆ adalah suara yang ditunggu-tunggu.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiMADANI
#MADANIMembantu
#KhutbahJumaatJAWI
289
0
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW ketika Baginda telah didatangi oleh tetamu. Lantas Nabi SAW bertanya kepada isterinya: โAda apa-apa makanan?โ Jawabnya: โTiada.โ Lantas Nabi SAW terus membaca doa ini.
Usai sahaja berdoa, didapati seorang lelaki datang dengan membawa hadiah seekor kambing panggang. Lantas Nabi menjamu tetamunya dan bersabda: โIni adalah kurniaan-Nya, dan kami menanti rahmat-Nya pula."
Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah-ruah. Insya-Allah.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
252
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
248
0
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Semoga semua pintu kebaikan terbuka luas buat kita dan terus panjatkan doa kepada Illahi agar semua ujian yang melanda kita segera berlalu pergi. Insya-Allah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
333
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Hati gelisah? Jom baca doa ini. Setelah membaca doa, boleh juga lakukan 5 tips ini untuk tenangkan emosi:
1. Berwuduk.
2. Lakukan senaman ringan agar tubuh berada dalam keadaan aktif dan berperanan memberi ketenangan fikiran.
3. Praktikkan teknik pernafasan untuk menenangkan dan membantu melepaskan mood negatif dalam diri.
4. Minum air untuk menyejukkan badan dan menenangkan fikiran.
5. Hirup udara segar sama ada keluar seketika atau mencari ruang yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
Semoga hati kita sentiasa dilimpahi ketenangan. Insya-Allah.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
281
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada:
1) Muhammad Izzul Afnan bin Sazali
Johan Kategori Hafazan Juzuk 1-30 Lelaki
2) Ainin Saheela binti Anuar
Tempat Ketiga Kategori Hafazan Juzuk 1-20 Perempuan
sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M.
Semoga menyuntik semangat kita semua untuk berusaha menghafaz Al-Quran. Moga Al-Quran kekal dalam dada. Menghiasi peribadi melahirkan insan berpekerti tinggi.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
#MTHQK2026
341
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Alhamdulillah, jemaah haji Malaysia tahun ini telah mula berlepas ke Tanah Suci bermula 18 April 2026, manakala penerbangan pergi terakhir adalah pada 20 Mei 2026.
Semoga semua Dhuyufurrahman dipermudahkan urusan dan selamat dalam perjalanan serta mendapat haji mabrur, Insya-Allah.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MusimHaji1447H
369
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Insya-Allah pada pagi ini, Hafiz dan Hafizah Wilayah Persekutuan, Muhammad Muaz bin Arman (1-10 Juzuk) dan Masyithah binti Mohd Farid (1-30 Juzuk) akan memperdengarkan bacaan di dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2026 bagi kategori Hafazan.
Semoga diberikan kemudahan dan kelancaran kepada peserta Hafazan al-Quran yang mewakili Wilayah Persekutuan untuk giliran bacaan pada pagi ini.
Saksikan siaran langsung di TV AlHijrah dan saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi sesi pagi dan 2.30 petang hingga 4.30 petang bagi sesi petang.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#SebarkanSalam
#MADANIMembantu
356
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Kaunter perkhidmatan kerajaan kekal sebagai salah satu perkhidmatan penting (essential services) sepanjang tempoh BDR berikutan krisis tenaga global.
Kaunter perkhidmatan JAWI terus beroperasi seperti biasa demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa terpelihara.
Waktu Operasi Kaunter Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga:
๐๏ธ Isnin โ Jumaat
โฐ 8.00 pagi โ 4.30 petang
Waktu Rehat:
Isnin โ Khamis: 1.00 petang โ 2.00 petang
Jumaat: 12.15 tengah hari โ 2.45 petang
Waktu Akhir Pengambilan Nombor Giliran:
[Sesi Pagi]
Isnin โ Khamis: 12.00 tengah hari
Jumaat: 11.30 pagi
[Sesi Petang]
Isnin โ Jumaat: 4.00 petang
Kami sentiasa sedia membantu anda!
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#MADANIMembantu
435
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
29 Apr 2026, 12.46
๐ท Photo
Kadang-kadang, hidup menguji kita dengan perkara yang tak disangka. Di saat hati terasa berat, di situlah doa menjadi tempat kembali.
Tarik nafas. Tenangkan hati.
Setiap kesulitan ada jalannya, setiap ujian ada hikmahnya.
Percaya bahawa Allah sedang memimpin langkah kita setapak demi setapak menuju kemudahan yang dijanjikan.
Teruskan berdoa. Teruskan berharap.
Kerana pertolongan Allah sentiasa lebih dekat daripada yang kita sangka.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
323
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Kadang-kadang hari Isnin datang bersama rasa berat, lemau dan tak bersemangat. Tetapi sebagai hamba-Nya, kita diajar untuk memohon kekuatan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat malas dan dipenuhi kesungguhan.
Mulakan minggu dengan doa dan tawakal, kerana semangat yang lahir dari hati yang bersandar kepada Allah akan menewaskan apa sahaja termasuk "Monday blues".
Semoga hari Isnin kita lebih bersemangat, tenang, dan diberkati.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
Khutbah pada minggu ini 10 April 2026M (Jumaat) bersamaan 21 Syawal1447H ialah "Hadapi Musibah dengan Kesabaran" yang akan dibacakan di seluruh Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Bersama-sama ini disertakan link Google Drive dan e-khutbah 2026 untuk memuat turun khutbah tersebut.
Google Drive
https://bit.ly/eKhutbah2026GoogleDrive
E-khutbah 2026
https://bit.ly/eKhutbah2026
Untuk muat turun khutbah JAWI melalui carian internet, sila ke halaman http://www.jawi.gov.my/ dan KLIK komponen di bawah:
๐ Masjid & Surau
๐ E-Khutbah
Khutbah juga boleh dimuat turun melalui imbasan pada Kod QR yang dilampirkan.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
#KhutbahJumaatJAWI
351
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Alhamdulillah, dalam keadaan cuaca yang panas, pagi ini hujan turun membasahi bumi.. Tempat anda hujan ke pagi ini?
Bila hujan pasti kebanyakan jalan mulai sesak dan pergerakan menjadi sukar dan agak terbatas.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk keluar mencari rezeki atau apa sahaja urusan pada pagi ini.
Mudah-mudahan hujan yang turun membawa rahmat dan keberkatan buat kita. Insya-Allah.
Doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW.
Daripada Sahl bin Saโad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุซูููุชูุงูู ููุง ุชูุฑูุฏููุงูู: ุงูุฏููุนูุงุกู ุนูููุฏู ุงููููุฏูุงุกูุ ููุชูุญูุชู ุงููู ูุทูุฑู
Maksudnya: โDua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.โ [Riwayat al-Hakim (2534)]
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#DoaHujan
477
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Semoga kita semua dilindungi daripada bisikan dan hasutan syaitan serta hati sentiasa terbimbing ke arah kebaikan. Amin Ya Allah.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#PelanTransformasiAlfalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
340
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Khutbah Jumaat pada minggu ini 3 April 2026M (Jumaat) bersamaan 14 Syawal1447H ialah "Bijak Menapis Kandungan, Memperkasa Keimanan" yang akan dibacakan di seluruh Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Bersama-sama ini disertakan link Google Drive dan e-khutbah 2026 untuk memuat turun khutbah tersebut.
Google Drive
https://bit.ly/eKhutbah2026GoogleDrive
E-khutbah 2026
https://bit.ly/eKhutbah2026
Untuk muat turun khutbah JAWI melalui carian internet, sila ke halaman http://www.jawi.gov.my/ dan klik komponen di bawah:
๐ Masjid & Surau
๐ E-Khutbah
Khutbah juga boleh dimuat turun melalui imbasan pada kod QR yang dilampirkan.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
#KhutbahJumaatJAWI
476
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Amalkan doa ini terutama selepas tasyahhud akhir agar kita diselamatkan dari 4 perkara: azab kubur, azab api neraka, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah al-Masih al-Dajjal.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
402
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
16 Apr 2026, 09.26
๐ท Photo
Seluruh warga JAWI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ Mohd Zaidi bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
Semoga diperelokkan semua kesudahan urusan kita dan dijauhkan daripada seksaan azab api neraka, Amin Ya Mujib.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
393
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
14 Apr 2026, 03.00
๐ท Photo
Jadikan doa ini sebagai amalan harian, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat kebaikan, kemuliaan, keutamaan dan diredai oleh Allah SWT, Insya-Allah.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
338
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
14 Apr 2026, 03.00
๐ท Photo
Khutbah Jumaat pada minggu ini 27 Mac 2026M (Jumaat) bersamaan 7 Syawal 1447H ialah "Merayakan Kemenangan, Memperkukuh Persaudaraan" yang akan dibacakan di seluruh Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Bersama-sama ini disertakan link Google Drive dan e-khutbah 2026 untuk memuat turun khutbah tersebut.
Google Drive
https://bit.ly/eKhutbah2026GoogleDrive
E-khutbah 2026
https://bit.ly/eKhutbah2026
Untuk muat turun khutbah JAWI melalui carian internet, sila ke halaman http://www.jawi.gov.my/ dan KLIK komponen di bawah:
๐ Masjid & Surau
๐ E-Khutbah
Khutbah juga boleh dimuat turun melalui imbasan pada kod QR yang dilampirkan.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
#KhutbahJumaatJAWI
489
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
14 Apr 2026, 03.00
๐ท Photo
Semoga kita semua sentiasa di dalam kebaikan dan dijauhkan dari segala kejahatan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu
368
0
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
14 Apr 2026, 03.00
๐ท Photo
100 hari mungkin singkatโฆtetapi kesannya panjang.
Dalam tempoh ini, usaha tidak berhenti.
Gerak kerja tidak menunggu.
Dan kebajikan terus diutamakan.
Di bawah kepimpinan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, setiap inisiatif membawa satu mesej jelas โ
Islam itu menyantuni. Islam itu memimpin.
Daripada membantu yang memerlukan, hingga memperkasa institusi dan ummah, semuanya dilaksana dengan penuh amanah.
Ini bukan sekadar 100 hari.
Ini adalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar.
Tahniah atas pencapaian ini.
Terus melangkah, terus berbakti.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiMADANI
#MadaniMembantu
#100HariMenteriAgama
383
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
13 Apr 2026, 06.56
๐ท Photo
Ketika ini kita sedang mengalami fenomena cuaca panas dan kering yang berlarutan. Dalam situasi sebegini, hujan amatlah diperlukan agar dapat mengurangkan suhu tinggi atau cuaca panas.
Di sini kami kongsikan beberapa doa Nabi SAW dalam memohon hujan dan doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW di dalam doa Istisqaโ (iaitu solat memohon hujan).
Semoga kita semua dihindarkan dari sebarang kemudaratan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3690-irsyad-al-hadith-siri-ke-417-doa-meminta-hujan
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu