Pelbagai perasaan yang negatif, kian bergelora pada insan yang lemah, membuat perasaan menjadi maharaja-lela, apabila nafsu menguasai hati yang satu, begitu susahnya hendak mengawal perasaan yang membara, apatah lagi nafsu mendorong ke arah kemaksiatan. Sedar wahai insan yang lemah, sedarlah pada diri Engkau, bahawa Engkau tidak akan kekal berada di dunia yang fana ini, bahawa Engkau akan dibinasa esok hari. Bayangkanlah, betapa banyaknya pintu neraka yang Engkau akan dimasuki atas kesilapan serta kecuaian Engkau, mengakibatkan Engkau terjerumus dalam lembah kemaksiatan. Engkau tidak merasakah? Amat sakitnya seksa yang Engkau akan tanggung di dalam neraka itu. Disebabkan Engkau sebelum ini bersenang-lenang, berseronok, dan bergembira dengan maksiat yang Engkau anggap itu diibaratkan gula-gula yang manis, manisnya seperti manis yang tidak akan berubah menjadi tawar. Tidak dapat tidak, hanya satu jalan yang Engkau dapat keluar daripada kemaksiatan, ialah Engkau menyesal, menyesal dengan sesungguh-sungguh penyesalan, iaitu bertaubatlah Engkau sesungguh-sungguh Taubat, insafilah diri Engkau atas dosa-dosa Engkau sebelum ini. Sesungguhnya, atas Limpah Kurnia Belah Ehsan Allah SWT, Allah SWT akan mengeluarkan diri Engkau daripada kegelapan, dan dicampak ke dalam kebahagiaan. Carilah asbab yang dapat mengubah diri Engkau itu, dengan Engkau berniat di dalam hati Engkau iaitu 'Allahumma Paksa'. Lawanlah kesusahan walaupun hati tidak suka, paksalah hati Engkau dalam keadaan Sabar, didiklah hati Engkau, didiklah nafsu Engkau. Insya-Allah, dengan belah Ehsan Allah Ta'ala, Allah Ta'ala akan mengampuni dosa-dosa Engkau beribu-ribu batu. Ketahuilah Engkau, hidup ini, tidaklah panjang, tidaklah lama, tidaklah jauh, tidaklah lambat, hanya sekadar air batu, lama-lama cair, lama-lama hilang. Janganlah Engkau memikirkan dunia yang Engkau peroleh esok hari, tapi fikirlah Engkau akan Ajal yang menjemput Engkau pada bila-bila saja, kerana jemputan Malaikat Izrail itu hanya sekali sahaja dalam hidup Engkau ini.