Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
ุฑูุจูู ููุจู ููู ู
ููู ุงูุตููุงููุญูููู
โ(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.โ (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami daripada hadis Rasulullah yang menegaskan:
ุฅุฐุง ู
ุงุชู ุงุจู ุขุฏู
ุงููููุทูุนู ุนูู ุนูู
ููููู ุฅูุงูู ู
ููู ุซููุงูุซุฉู: ุตูุฏูููุฉู ุฌุงุฑูููุฉูุ ุฃูู ุนูููู
ู ููููุชูููุนู ุจูููุ ุฃูู ููููุฏู ุตุงูุญู ููุฏูุนูู ููู
โApabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibu bapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami daripada doa Baginda yang direkodkan dalam al-Quran. Firman Allah:
ุฑูุจูู ุงุฌูุนูููููู ู
ููููู
ู ุงูุตููููุงุฉู ููู
ูู ุฐูุฑูููููุชูู ุฑูุจููููุง ููุชูููุจูููู ุฏูุนูุงุกู
โWahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa ini.โ (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Di hujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan dalam doa Nabi Ibrahim yang lain sebagai kata penguat iaitu ungkapannya:
ุฑูุจููููุง ููุชูููุจูููู ุฏูุนูุงุก
โWahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!โ
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
ุฑููุจููููุง ุฅููููู ุฃูุณููููุชู ู
ูู ุฐูุฑูููููุชูู ุจูููุงุฏู ุบูููุฑู ุฐูู ุฒูุฑูุนู ุนููุฏู ุจูููุชููู ุงููู
ูุญูุฑููู
ู ุฑูุจููููุง ูููููููู
ููุงู ุงูุตูููุงูุฉู
โWahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi Rumah-Mu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.โ (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih daripada itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa ialah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hamba-Nya yang berharap kepada-Nya.
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime