Perasaan ni tak muncul tiba-tiba. Ia lahir dari luka-luka kecil yang terkumpul, tanggungjawab yang tak seimbang, dan cinta yang tak lagi disambut.
Hanya bercakap tentang kerja, anak, barang dapur… tapi tak pernah tanya:
“Awak bahagia tak dengan saya sekarang?”
Bila satu pihak urus rumah, emosi, anak, kewangan tapi satu lagi hanya hadir fizikal, tak pernah bantu secara sebenar.
Awak luah, dia diam. Awak penat, dia lepas tangan. Sampai satu titik, awak berhenti bercakap. “Buat apa cakap, dia tak pernah kisah.”
Dah lama tak peluk, tak puji, tak bergurau. Hanya hidup sebagai ‘rakan serumah’. Cinta mula kering, dan hati makin jauh.
Bila awak cuba cerita apa awak rasa, tapi dia balas dengan sindiran, atau tukar topik. Lama-lama, awak rasa:
“Aku tak cukup penting untuk difahami.”
Hanya seorang yang usaha. Hanya seorang yang minta maaf. Hanya seorang yang jaga semua. Dan akhirnya, yang terlalu kuat pun boleh runtuh
Awak Tak Salah Rasa Macam Ni.
➡️ Awak cuma rindu rasa disayangi.
➡️ Awak nak hubungan yang penuh rasa, bukan hanya status “suami isteri”.
➡️ Awak mahu hubungan yang buat hati tenang, bukan tambah sesak.
Jalan Kembali?
✅ Bercakap dari hati, bukan dari marah
✅ Bina sempadan dan sistem yang sihat
✅ Buat usaha kecil untuk sambung semula, pegang tangan, puji, pandang mata
✅ Dapatkan kaunseling atau ruang pemulihan
http://www.kamardankelambu.com/
#pendidikanseksual #pendidikansenggama #malampertama #suamiisteri #kaunselingjohor #pendidikanrumahtangga #pendidikanseksualislami #rumahtanggabahagia #keluargabahagia