"Kenapa langit warna merah?", tanya Fatimah dalam perjalanan hantar saya ke airport pagi tadi.
"Sebab bumi ni bulat, dan kita lebih banyak nampak gelombang cahaya warna merah..", jawab saya ringkas.
Fatimah diam. Mesti dia tak puas hati. Selalunya nak kena lukis, nak kena tunjuk video. Haish, sebagai bekas cikgu Sains, topik ni memang selalunya anak murid tanya dulu, "why sky blue?", "kenapa daun warna hijau?"
Teringat pensyarah saya Dr Johari pernah cakap, "Cikgu kena pandai jawab. Janganlah nak senang bagi jawapan - itu kejadian Allah!" - tegas Dr Jo beri ingatan kepada kami masa tu.
Masa tu saya belum ada anak lagi. Saya selalu pesan kat suami, "Ingat tau, kena explain. Jangan senang je jawab ni kejadian Allah. Anak-anak kita kena tahu sebab setiap kejadian..", pesan saya sebab lelaki ni nak senang je dalam fikiran saya. Haha.
Dan bila dah ada anak-anak ni, suami saya selalu gelakkan saya. Sebab sungguh anak-anak saya akan bertanya setiap kejadian. "Hah, apa lagi, jawablah..", sindir suami. Nangis jap nak explain.
Berbalik kepada soalan Fatimah, ibu cuba jawab ya nak. Pagi tadi tak sempat nak jawab panjang sebab ibu bekejar ke airport.
Cahaya matahari ni asalnya warna putih. Bila berlaku penyerakan cahaya (refraction), warna putih tadi akan 'dipecahkan' kepada warna-warna pelangi. Proses penyerakan ni kita selalu lihat straw jadi bengkok dalam air, air nampak cetek, manusia nampak pendek waktu berenang dan lain-lain.
Dalam udara, ada banyak zarah halus yang bantu proses penyerakan cahaya ni berlaku. Senang kata habuk-habuk (dust) selain molekul air, bantu juga cahaya tu 'terpecah' bila masuk ke ruang udara kita.
Cahaya biru panjang gelombang dia lebih pendek berbanding cahaya merah. Sebab tu, cahaya biru lebih mudah tersebar oleh molekul udara. Penyebaran ini menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu siang apabila matahari berada tinggi di langit dan cahaya melalui laluan atmosfera lebih pendek.
Apabila matahari berada rendah di kaki langit (waktu terbit atau tenggelam), cahaya matahari perlu melalui lapisan atmosfera yang jauh lebih tebal.
Ini menyebabkan lebih banyak cahaya biru tersebar keluar, dan cahaya merah serta kuning yang tinggal lebih mudah sampai ke mata kita. Inilah sebabnya Fatimah nampak langit berwarna merah pagi tadi atau petang nanti.
Ok jelas tak Fatimah? Nanti kita buat simulasi sama-sama. Ibu tulis untuk kenangan dan rujukan Fatimah kalau-kalau ibu dah tak ada nanti.
Eh kalau saya salah yang lain betulkan. Saya guna bahasa mudah je ni sebagai bekas cikgu dulu. Hehe.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Bukan pakar parenting