Seorang pekerja binaan berusia 23 tahun maut selepas dihempap bahagian konkrit semasa proses memecahkan konkrit dijalankan di tapak Stesen MRT Turf City bagi Laluan Rentas Pulau (CRL) pada Khamis (14 Mei).
Menurut LTA dan MOM, mangsa sedang menjalankan kerja-kerja sebagai petugas isyarat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MOM sudah mengarahkan kerja-kerja penggalian di tapak tersebut dihentikan.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pekerja-binaan-maut-dihempap-konkrit-di-tapak-kerja-laluan-rentas-pulau-1031276
206
3
0
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
📷 Photo
Sebanyak 12 kedai kopi sudah menaik taraf tandasnya atau memulakan kerja pembersihan menyeluruh menerusi geran pemerintah yang bertujuan meningkatkan tahap kebersihan tandas awam.
Sejak permohonan dibuka pada 3 November 2025, pihak berkuasa menerima 171 permohonan yang layak untuk menerima dua geran yang membiayai kos ubah elok dan pembersihan sehingga 95 peratus.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/12-kedai-kopi-sudah-naik-taraf-tandas-atau-mula-pembersihan-menyeluruh-di-bawah-geran-pemerintah-1030536
302
2
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
📷 Photo
Pemandu asing dinasihatkan supaya menyemak dan melunaskan sebarang denda tertunggak lebih awal bagi memastikan proses permohonan atau pembaharuan VEP berjalan lancar.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/sg-bakal-tolak-permohonan-vep-pembaharuan-bagi-kenderaan-asing-mulai-2-nov-jika-denda-masih-tertunggak-1030561
316
0
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
🎥 Video
Buku 'At the Same Table berkongsi 55 resipi disumbang oleh para pembantu rumah dari pelbagai negara.
Buku tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi penghargaan yang lebih mendalam terhadap peranan dan budaya pembantu rumah.
294
2
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
🎥 Video
Cahaya hijau yang terpancar dari Menara Jam di Makkah menandakan bermulanya bulan Zulhijjah 1447H.
Ia sekali gus menandakan bermulanya musim ibadah haji apabila jutaan umat Islam dari seluruh dunia mula berhimpun di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.
214
6
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
🎥 Video
🚇 Tiga stesen MRT baharu di Laluan Circle akan dibuka pada 12 Julai. Ini akan melengkapkan laluan itu dengan menghubungkan stesen HarbourFront ke stesen Marina Bay.
Stesen Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road akan meningkatkan keterhubungan ke daerah pusat bandar (CBD) serta kawasan sekitarnya.
Para penumpang akan dapat menikmati perjalanan percuma antara stesen-stesen tersebut pada 4 Julai.
254
0
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
📷 Photo
Tahap keandalan rangkaian MRT mencatatkan prestasi terbaiknya dalam tempoh hampir 1.5 tahun pada bulan April. Menurut laporan bulanan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (15 Mei), ini berikutan prestasi Laluan Downtown yang meningkat dua kali ganda.
LTA menerbitkan angka keandalan menggunakan purata bergerak 12 bulan bagi purata kilometer antara gangguan (MKBF) - satu metrik yang mengukur keandalan kereta api. Ia menjejaki jarak purata yang dilalui oleh sesebuah kereta api sebelum ia mengalami kelewatan melebihi lima minit.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/keandalan-mrt-catat-prestasi-terbaik-hampir-15-tahun-prestasi-dtl-meningkat-2-kali-ganda-1030496
276
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
📷 Photo
MOE akan meningkatkan sokongan sementara kepada para pengendali perkhidmatan bas sekolah biasa bagi Mei dan Jun, menyusuli harga bahan api yang terus melambung tinggi akibat perang di Timur Tengah.
Sokongan itu akan dinaikkan daripada 13 peratus kepada 20 peratus daripada hasil tambang pengangkutan.
https://berita.mediacorp.sg/singapura/perang-amerika-israel-dan-iran-moe-naikkan-sokongan-bagi-pengendali-bas-sekolah-kepada-20-di-tengah-lonjakan-kos-bahan-api-1030516
268
0
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
🎥 Video
“Ini sesuatu yang besar, saya bukan orang sini, saya wanita Muslim, anak Melayu Singapura.” 🇸🇬
Shereen Williams tempah Kebaya khas di SG bagi 'court dress' rasmi untuk peranan baharunya itu.
254
1
BERITAmediacorp
18 may 2026, 20:52
📷 Photo
Nurain Ismail, 24 tahun dan Muhammad Izzat Emer Mohd Hassan, 26 tahun, dituduh memasuki Singapura dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan sebuah kereta, bersama 12,273 pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate, menurut dokumen mahkamah.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/2-individu-didakwa-import-lebih-12000-kpod-berdepan-hukuman-lebih-berat-termasuk-sebat-1030476
317
2
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Seniwati legenda, Maria Menado, meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari pada Khamis (30 Apr) pada usia 94 tahun.
Almarhumah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di sisi ahli keluarga di sebuah pusat perubatan swasta.
Almarhumah mula menempa nama dalam industri perfileman selepas berhijrah ke Singapura dan menyertai Malay Film Productions serta Cathay-Keris Film Productions, sebelum muncul sebagai salah seorang pelakon wanita utama pada zaman tersebut.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/hiburan/seniwati-legenda-maria-menado-meninggal-dunia-pada-usia-94-tahun-1026261
235
0
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
🚕 Mulai 4 Mei, perjalanan antara Singapura dan Malaysia akan lebih mudah dan fleksibel!
Teksi rentas sempadan kini dibenarkan termasuk menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di Singapura. Para penumpang juga boleh turun di kawasan Johor seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri, Forest City, dan Senai.
Ini sebahagian daripada penambahbaikan Skim Teksi Rentas Sempadan yang diumumkan bersama oleh kedua-dua negara pada 30 April.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/teksi-rentas-sempadan-dibenar-turunkan-penumpang-mana-mana-sahaja-di-sg-johor-bahru-mulai-4-mei-1026301
234
0
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Ujian saringan wajib bagi penyakit batuk kering (TB) akan dijalankan bagi para penyewa dan pekerja di tiga lokasi di Bedok Central.
Ini menyusuli siasatan yang menemui 13 kes serupa dari segi genetik meliputi tiga kelompok antara Januari 2023 dengan Februari tahun ini.
Lokasi-lokasi yang terjejas adalah di Heartbeat@Bedok, Pasar dan Pusat Makanan Bedok di Blok 216 serta pusat pertaruhan Bedok Singapore Pools.
Sekitar 700 orang dijangka menjalani ujian saringan wajib itu.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/13-kes-batuk-kering-dikesan-di-bedok-central-ujian-saringan-wajib-bagi-pekerja-penyewa-di-3-lokasi-1026346
251
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Mahkamah Tinggi pada Khamis (30 Apr) membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan membatalkan pembebasan tiga wanita berhubung penganjuran perarakan pro-Palestin ke Istana.
Mossammad Sobikun Nahar, 26 tahun, Siti Amirah Mohamed Asrori, 31 tahun, dan Annamalai Kokila Parvathi, 37 tahun, lantaran itu masing-masing didenda S$3,000.
Hakim See Kee Oon memutuskan bahawa hakim perbicaraan mereka tersilap undang-undang kerana tidak menggunakan ujian undang-undang yang betul.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/mahkamah-tinggi-batal-pembebasan-denda-3-wanita-anjur-perarakan-pro-palestin-ke-istana-1026256
258
3
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Pertumbuhan pekerjaan di Singapura menyederhana pada suku pertama 2026 berbanding suku sebelumnya.
Namun, pasaran buruh kekal berdaya tahan.
Jumlah pekerjaan juga terus meningkat untuk suku ke-18 berturut-turut.
Awal bulan ini, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan prospek perniagaan semakin lemah dan pertumbuhan pekerjaan dijangka terus perlahan susulan konflik di Timur Tengah.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pertumbuhan-pekerjaan-sg-perlahan-pada-q1-mom-beri-amaran-pengambilan-pekerja-mungkin-terus-susut-1026246
238
0
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
🎥 Video
Festival Belia Singapura (SYF) memperkenalkan kategori drama baharu di peringkat sekolah rendah dalam usaha meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar bertutur dalam bahasa ibunda.
Samir Syawqi Basalamah dari Sekolah Rendah Angsana antara 1,600 murid yang bertanding dalam kategori itu.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/kategori-drama-baharu-syf-buka-pentas-buat-murid-sekolah-rendah-usaha-tingkatkan-keyakinan-kemahiran-bertutur-pelajar-1025796
250
1
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
🎥 Video
Kumpulan 'Her Narrative' menganjurkan program khas untuk peserta wanita asah bakat dalam bidang fotografi.
Selain menyediakan wadah untuk mereka menceritakan kisah dan luahan emosi, ia juga bagi memenuhi permintaan pasaran bagi jurugambar wanita. 📸
255
0
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Kumpulan Kerja Permulaan Baharu Perkahwinan & Keibubapaan akan meneliti faktor-faktor yang menjejas perkahwinan dan keibubapaan di Singapura.
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura merosot ke paras terendah iaitu 0.87 pada tahun lalu, berbanding 0.97 pada tahun sebelumnya.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata ia membawa "kesan ketara" terhadap Singapura jika perkara itu tidak ditangani.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/sg-tubuh-kumpulan-kerja-baharu-rangsang-kadar-kesuburan-laporan-penuh-dibentang-awal-2027-1026051
271
3
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
🎥 Video
Semakin banyak ruang kreatif khusus untuk wanita diwujudkan di Singapura, membuka peluang untuk mereka berkarya dalam suasana yang selesa, selamat dan saling menyokong.
W. I. P Club misalnya membantu wanita membina keyakinan, berkongsi pengalaman serta meneroka potensi dalam industri kreatif yang kian berkembang. 🎨🖌️
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/berita-ruang-untuk-wanita-sg-berkumpul-berkarya-dan-berkembang-bersama-1025171
249
0
BERITAmediacorp
4 may 2026, 00:10
📷 Photo
Para penuntut universiti Melayu/Islam bakal meraih manfaat daripada satu biasiswa baharu yang turut membuka laluan ke industri teknologi.
Biasiswa itu dilancarkan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) bernilai $140,000 antara Yayasan MENDAKI dan syarikat teknologi Bitdeer Technologies.
Biasiswa tersebut dibuka kepada para mahasiswa dan penuntut possiswazah sepenuh masa daripada pelbagai bidang pengajian di NUS, NTU, SUTD dan SMU.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/mendaki-meterai-kerjasama-dengan-bitdeer-lancar-biasiswa-baharu-untuk-pelajar-melayu-islam-ceburi-industri-teknologi-1026041
253
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
🎥 Video
Ustaz Dr Afif Pasuni, 44 tahun akan menggantikan Encik Herman Cher Ma'in, yang merupakan Mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah sejak 2023.
Sebelum menggalas jawatan Mudir sepenuhnya mulai Januari 2027, Ustaz Dr Afif akan memegang peranan sebagai Bakal Mudir bermula Julai ini.
Ini bagi memastikan kesinambungan sambil memberi ruang kepada pemimpin baharu untuk bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar.
193
3
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
🎥 Video
Buat pertama kali, Paris menganjurkan Minggu Fesyen Sopan yang menghimpunkan pereka antarabangsa meraikan gaya sopan dan inklusif. Jenama Indonesia, Nada Puspita, antara yang mencuri perhatian.
178
3
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
🎥 Video
Berpengalaman selama dua dekad dalam bidang pendidikan, Encik Abdul Ghani Mohammad Isa, 45 tahun akan menerajui Madrasah Al-Arabiah dengan memberi tumpuan kepada keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembangunan ukhrawi pelajar.
162
0
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
📷 Photo
Buat julung-julung kalinya, Pusat Seni Persembahan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan The Purple Symphony bergabung untuk mengadakan persembahan bersama di Kompleks Penjara Changi.
Acara yang dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tengah Singapura pada Isnin (27 Mei), bertujuan untuk menyokong integrasi semula para banduan serta memupuk masyarakat lebih inklusif.
275
0
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
📷 Photo
Kes rasuah di Singapura merosot buat tahun ketiga berturut-turut pada 2025 — mencatat rekod terendah sebanyak 68 kes. Kebanyakan kes melibatkan sektor swasta, dengan hanya satu kes melibatkan sektor awam.
🔗: https://berita.mediacorp.sg/singapura/kes-rasuah-sg-merosot-kadar-sabitan-meningkat-pada-2025-laporan-cpib-1025741
261
0
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
🎥 Video
Bangunan bersejarah Taman Warisan Melayu (TWM) kembali meriah dengan kunjungan orang ramai! ✨
Orang ramai sudah mula tiba dari 3 petang lagi untuk majlis merasmikan pembukaan semula TWM pada Sabtu (25 Apr).
TWM ditutup selama lebih 3 tahun untuk kerja-kerja naik taraf.
Orang ramai daripada pelbagai latar belakang hadir untuk meraikan pembukaan semula ini dengan beraneka jenis aktiviti dan persembahan.
Wartawan Athirah Karim turun padang untuk mendapatkan reaksi para peserta dan orang ramai.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/masyarakat-alu-alukan-lebih-banyak-kegiatan-budaya-semarakkan-taman-warisan-melayu-1025321
314
1
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
🎥 Video
16 murid. 8 sekolah. 1 pentas.
Juara Baca BERITA 2026 menyaksikan bakat muda tampil penuh yakin menyampaikan berita.
Tahniah kepada Auni Iffah Mohamed Kamarul dari Sekolah Rendah Zhenghua selaku juara individu dan Sekolah Rendah Zhenghua sebagai juara sekolah keseluruhan! 🏆
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/juara-baca-berita-2026-sekolah-rendah-zhenghua-menang-besar-rangkul-juara-individu-dan-keseluruhan-1025546
323
1
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
📷 Photo
Mulai 22 Mei hingga 4 Julai, khidmat di laluan Thomson-East Coast (TEL) akan berakhir pada 11.30 malam setiap Jumaat dan bermula lebih lewat pada 8.30 pagi setiap Sabtu.
Begitu juga khidmat MRT di laluan Downtown (DEL) dari 10 Jul hingga 5 Sep.
Tiga khidmat bas ulang alik akan disediakan bagi penumpang yang terjejas dengan operasi yang bermula lewat pada Sabtu pagi.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/khidmat-hujung-minggu-laluan-thomson-east-coast-downtown-tamat-lebih-awal-mula-lewat-bagi-peluasan-rel-1025791
279
0
BERITAmediacorp
30 abr 2026, 06:21
📷 Photo
Auni Iffah Mohamed Kamarul dinobatkan sebagai Juara Baca BERITA 2026, sekali gus menyumbang kepada kemenangan Sekolah Rendah Zhenghua sebagai Juara Keseluruhan bersama Iman Lana Muhammad Zamri.
Dalam pertandingan melibatkan 16 peserta dari lapan sekolah zon barat Singapura itu, Nausheen Raihana Muhammad Ridwan dari Sekolah Rendah Lakeside meraih tempat kedua manakala Adlea Haizad dari Sekolah Rendah Rulang di tempat ketiga.
Juara Baca BERITA 2026 merupakan pertandingan penyampaian berita bagi murid sekolah rendah, yang menguji kelancaran, intonasi, keyakinan serta kebolehan menyampaikan berita di depan kamera.
325
BERITAmediacorp
18 abr 2026, 03:08
📷 Photo
Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak lagi dapat mengawal kakinya selepas terjatuh pada Januari tahun ini.
Mengimbas kembali insiden tersebut, mantan perdana menteri itu berkata selepas tiga bulan, beliau kini boleh berdiri namun menyamakannya seperti “tidak mempunyai kaki”.
https://berita.mediacorp.sg/dunia/dr-mahathir-akui-tidak-lagi-mampu-kawal-kaki-sepenuhnya-1022376