Kalau perasan, budaya Asia menggunakan gelaran untuk panggil adik beradik β abang, along, kakak, angah, paklong, dsb.
Mungkin ada yang tak tahu, di Barat, umumnya mereka panggil nama. Jangankan sesama adik beradik, pakcik dan ayah mertua pun panggil nama saja β kita boleh tengok budaya ini kalau tengok cerita-cerita Barat. Kalau pernah bekerja atau tinggal di negara-negara akan alami benda ini.
Benda ini bukan saja meresap dalam ikatan kekeluargaan, tetapi juga meresap dalam dunia pekerjaan. Di Asia, orang atas kita panggil mereka dengan gelaran tertinggi mereka seperti Prof atau Dato'. Di Barat? Seperti yang kita jangka mereka panggil nama sahaja.
Orang Asia lebih hierarki, orang Barat pula lebih egalitarian. Orang Asia akan jangkakan bos mereka berikan arahan dan pekerja kena ikuti arahan tersebut. Orang Barat pula nak orang bawahan ada idea dan cadangan sendiri dan berdebat dalam mesyuarat. Di Barat, orang bawah boleh langkah terus pada bos jika ada apa-apa isu. Di Asia pula kena ikut lapisan organisasi, tak boleh terus melangkah ke bos.
Perkara ini juga berkait dengan Indeks Jurang Kuasa (Power Distance Index). Indeks Jurang Kuasa bermaksud penerimaan pekerja atau orang bawahan terhadap jurang kuasa yang tidak seimbang (unequal).
Indeks yang tinggi, masyarakatnya mempunyai budaya hierarkj yang kuat, ketua tidak boleh dicabar, kedudukan dihormati, birokrasinya sangat kuat. Indeks yang rendah pula lebih egalitarian, hierarki dan birokrasinya lebih longgar, ketua boleh dicabar, kedudukan pangkat tidak begitu ditekankan. Kalau nak tahu, Malaysia ialah negara yang Indeks Jurang Kuasanya paling tinggi.
Dalam konteks pekerjaan kan, sebenarnya masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Ada orang selesa dalam budaya hierarki, ada orang lebih selesa dalam budaya egalitarian.
Cultural Map yang ditulis oleh Erin Meyer tunjukkan bebeberapa kes. Misalnya ada orang Australia suka bekerja di China sebab mudah bagi arahan dan banyak masa dapat dijimatkan (debat, mesyuarat dan cadangan dapat dikurangkan).
Ada pekerja dari syarikat Rusia tak suka bos dari budaya egalitarian, sebab mereka lihat bos dari dunia ini tak efektif. Tak ada jawapan untuk kebanyakan masalah dan tak dapat beri visi yang jelas.
Ada pekerja suka budaya egalitarian sebab lebih inklusif, bebas dan longgar. Dapat duduk sama tinggi dengan bos.
Saya ada baca pengurus dari budaya egalitarian emel pekerja dari budaya hierarki tentang suatu isu, tapi 2-3 pekerja dia emel tak balas. Rupanya pekerja-pekerja ini fikir pengurus itu patut emel bos mereka, bukan emel depa secara langsung. Depa tak nak buat sesuatu yg bos depa tak tahu π€£
Hierarki dan egalitarian ini pun kadang kena tengok aspek jugak. Orang Jerman cakap orang Amerika terlalu hierarki sebab pembuat keputusan terletak pada individu kecil (pengurus dan pengarah). Orang Amerika pula cakap orang Jerman terlalu hierarki sebab terlalu formal dan struktur organisasinya terlalu hierarki. Kena ikut lapisan.
Saya tidak melihat kedua-dua perbezaan budaya ini sebagai perbandingan mana satu lebih mulia ataupun tidak, tetapi melihat sebagai keunikan.
Ada latar belakang sejarah, falsafah dan agama kenapa Barat lebih egalitaria dan timur lebih hierarki, ini sembang lain kali.