Siri Makanan Atau Racun
Bahagian 6 : Sepuluh Saat Di Rak, Selamatkan Rutin Bertahun
Aku nak tulis bahagian ni macam orang biasa yang betul-betul pergi kedai atau pasaraya. Tak kisah la kedai runcit Acheh atau Jaya Grocer sekalipun.
Sebab realitinya kita bukan hidup dalam makmal. Kita hidup dalam dunia yang sibuk. Anak tarik tangan. Suami tunggu dalam kereta. Kepala dah serabut fikir kerja. Jadi kalau cara “baca label” tu buat kita rasa macam nak ambil diploma pemakanan, memang ramai akan give up.
Aku buat cara yang paling masuk akal.
Bila pegang satu produk, aku tak layan sangat ayat depan bungkusan. Depan tu memang kerja marketing. Dia boleh tulis “homemade”, “tradisional”, “natural”, “premium”, “tiada rasa bersalah”. Tapi badan kita tak baca slogan. Badan kita urus apa yang betul-betul masuk.
Jadi aku terus pusing belakang.
Paling penting, aku cari senarai bahan dulu.
Ini fakta yang ramai tak sedar tapi dia paling berguna ; bahan dalam senarai tu biasanya ditulis ikut turutan berat semasa produk dibuat. Yang mula-mula tu maknanya paling banyak, yang hujung tu paling sikit. Itu bukan “teka-teka”. Ini standard pelabelan yang memang digunakan luas, termasuk dalam Codex, dan juga termaktub dalam peraturan pelabelan makanan. 
Sebab tu aku selalu cakap, kalau kau nak nampak “apa yang dominan” dalam sesuatu makanan, kau tak perlu jadi pakar. Kau cuma perlu tengok tiga hingga lima bahan pertama.
Kalau tiga bahan teratas dah buat kau rasa, “eh kenapa macam ni”, biasanya itu dah cukup untuk kau faham produk tu dibina atas apa.
Contoh, kalau kau nampak gula atau sirap muncul awal-awal, itu bukan gula “sikit-sikit”. Itu gula yang jadi tulang belakang produk.
Dan gula ni satu lagi licik dia; kadang dia tak tulis “gula” saja. Dia muncul sebagai syrup, corn syrup, malt, dextrose, sucrose, glucose, benda yang hujungnya “-ose”, dan macam-macam lagi. American Heart Association sendiri pun ada sebut petunjuk mudah untuk kenal gula tambahan, termasuk perkataan “syrup” dan yang berakhir dengan “-ose”. 
Aku tak suka pendekatan “hafal 70+ nama gula” sebab itu buat orang rasa penat.
Aku buat cara yang lebih ringkas.
Aku cari pattern.
Kalau dalam senarai bahan tu ada beberapa jenis “sugar” yang nama dia berbeza, walaupun setiap satu nampak macam kecil, bila digabung, dia tetap jadi gula yang banyak. Itu cara biasa industri “pecahkan” gula supaya dia tak nampak terlalu menonjol bila dibaca sekali lalu.
Lepas tu aku tengok panjang senarai bahan.
Aku bukan jenis yang kata “kalau panjang, automatik haram”. Tapi panjang itu selalu bagi signal. Makin panjang, makin besar kemungkinan produk tu bergantung pada banyak bahan tambahan untuk stabilkan rasa, warna, tekstur, ketahanan.
Aku buat satu pemerhatian yang sangat jujur.
Makanan sebenar, bila kau masak di rumah, bahan dia tak panjang. Kau boleh sebut satu-satu tanpa gagap. Bawang, ikan, garam, kunyit.
Tapi bila produk tu senarai bahan dia macam satu perenggan bahan kimia, itu biasanya bukan makanan yang “hidup”. Itu makanan yang “dibina supaya tahan”.
Dan di sinilah aku mula jadi picky pada beberapa kumpulan bahan tambahan. Bukan sebab nak jadi ekstrem. Tapi sebab aku nampak banyak produk ultra-processed memang berpusing dalam keluarga bahan yang sama.
Pengemulsi, pemekat, penstabil. Benda yang buat sos tak berpisah, buat krim tak pecah, buat aiskrim lembut, buat biskut “feel” perfect.
Sekali lagi aku ulang, bukan semestinya satu bahan itu terus merosakkan semua orang. Tapi bila ia jadi rutin harian, badan boleh mula terbeban, terutama melalui usus dan sistem radang yang halus. Ada kajian yang menunjukkan pengemulsi tertentu boleh mengubah mikrobiota dan mempengaruhi tanda-tanda pro-inflamasi dalam model eksperimen, dan ini antara sebab isu ultra-processed makin dipandang serius oleh penyelidik. 
Aku tahu, bab ni buat orang rasa macam, “habis tu apa yang boleh dimakan?”
Tenang. Bahagian ni bukan untuk buat kau takut makan.
Bahagian ni untuk bagi kau satu “mata”.