*Cahaya Batin dan Pandangan Seorang Salik*
Orang yang memiliki kekuatan cahaya pada batinnya tidak lagi terhenti melihat alam, makhluk dan dunia semata-mata.
Dia memandang semuanya sebagai alat dan wasilah untuk menuju Allah SWT.
Perjalanan sufi hakikatnya ialah perjalanan untuk mengenal:
- Ahadiyyah Allah
- KeESAan Allah SWT
*Tanda Hati Semakin Hidup Dengan Allah*
Apabila hati semakin hidup bersama Allah:
โซ๏ธ Tidak lagi melihat makhluk memberi kesan mutlak.
โซ๏ธ Tidak terlalu kecewa dengan manusia.
โซ๏ธ Tidak takut kepada dunia.
โซ๏ธ Tidak kagum dengan dirinya sendiri.
Sebaliknya, jiwanya sentiasa bergantung kepada Allah Yang Maha Esa.
Lahir keyakinan yang tinggi sehingga:
- tiada kegelisahan,
- tiada ketakutan,
- dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan,
kerana mengetahui semuanya datang daripada Allah SWT.
*Hati Yang Tidak Terputus Dengan Allah*
Hati seorang salik sentiasa:
- redha dengan ketentuan Allah,
- tenang dengan aturan-Nya,
- dan yakin segala keperluannya diurus oleh Allah.
Ibarat seorang bayi kecil yang tidak pernah risau tentang kehidupannya kerana yakin semuanya telah disediakan.
*Bekalan Dalam Perjalanan Menuju Allah*
Apa yang penting dalam perjalanan menuju Allah ialah:
โซ๏ธ Bersungguh-sungguh dengan Allah.
โซ๏ธ Mendapat suluhan dan bimbingan guru agar tidak tergelincir dengan dakwaan nafsu dan tipuan rasa.
Teruskan berzikir:
- walaupun masih lalai,
- walaupun belum sampai kepada asyik.
Moga dengan istiqomah itu, Allah hadirkan kenikmatan bersama-Nya.
*Kalam Para Ulama Sufi*
Imam Al-Haddad berkata:
โAwalnya zikir, pertengahannya penyucian dan akhirnya makrifat.โ
Imam Abu Hasan al-Shazili berkata:
โBarangsiapa melatih hatinya bersama Allah, Allah akan membukakan baginya pintu hati.โ
*Apa Yang Bukan Tujuan Perjalanan Ini*
Yang dicari dalam perjalanan menuju Allah bukanlah:
โ Kasyaf
โ Karamah
โ Ilham
โ Firasat
Tetapi yang dicari ialah:
๐ฑ Jiwa kehambaan
๐ฑ Nilai adabiah
๐ฑ Akhlak yang baik sesama insan
๐ฑ Hati yang tunduk kepada Allah
*Jangan Merasa Sudah Sampai*
Jangan berputus asa jika merasa belum sampai.
Bahkan andai sudah sampai sekalipun, letakkan diri seolah-olah masih belum sampai.
Kerana sampai kepada Allah bukan dengan kekuatan diri, tetapi dengan kasih sayang Allah
kepada hamba-Nya.
Para โaariffin mengajarkan:
โSemakin dekat seseorang kepada Allah, semakin dia merasa dirinya belum sampai.โ
Malah semakin tenggelam dalam kehambaan.
*Istiqomah Lebih Tinggi Daripada Karamah*
Istiqomah bukan sesuatu yang mudah.
Kerana itu kedudukannya lebih tinggi daripada karamah.
Orang yang berjalan menuju Allah dengan dirinya sendiri akan mudah:
- tewas,
- tergelincir,
- dan tertipu dalam perjalanan.
Namun orang yang berjalan dengan:
- jiwa faqir,
- rasa kosong,
- dan ketiadaan diri,
maka dia akan dibawa kepada wushul kepada Allah SWT.
*Tentang Jazbah*
Jazbah Ialah:
โซ๏ธ Limpahan dan tarikan rohani daripada Allah.
โซ๏ธ Kuatnya mujahadah dan pergantungan kepada Allah.
Seorang guru mursyid akan sentiasa membimbing murid yang berada dalam keadaan jazbah agar tetap:
- seimbang,
- beradab,
- dan tidak terkeluar syatahat yang boleh membawa salah faham kepada manusia.
*Sebab Itu Perjalanan Ini Memerlukan*
โซ๏ธ Bimbingan
โซ๏ธ Suluhan
โซ๏ธ Adab bersama guru
๐ฟ Penutup
Perjalanan menuju Allah bukan tentang merasa hebat, tetapi semakin tenggelam dalam kehambaan.
Bukan tentang melihat diri sudah hampir, tetapi semakin merasa faqir di hadapan Allah SWT.
Semoga Allah mengurniakan kita istiqomah, adab dan keikhlasan dalam perjalanan menuju-Nya. Aamiin.
โ๏ธ Dr UMAY
Salik Perjalanan Kehambaan
๐ Masjid Subang Bestari Jaya
๐๏ธ 18 Mei 2025