๐๐๐ก๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ง๐จ๐๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ข๐ก๐ฉ๐ข๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐ฃ๐ ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ & ๐๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐
Kuala Lumpur, 22 Mei 2026 โ Sidang Tujuh Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2026 berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, melibatkan seramai 887 graduan daripada TVETMARA Besut, TVETMARA Pekan, TVETMARA Kemaman, TVETMARA Kuantan dan TVETMARA Pasir Mas. Sidang terakhir konvokesyen itu disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ Dusuki, Pengerusi MARA, sebagai simbol penghargaan terhadap kejayaan graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional.
Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa kejayaan graduan bukan sekadar pencapaian akademik, malah menjadi bukti kepada usaha, disiplin dan kesungguhan yang diterjemahkan sepanjang tempoh pengajian. Beliau berkata, โPendidikan MARA bukan pendidikan pinggiran tetapi pendidikan yang relevan, berdaya saing dan selari dengan keperluan sebenar negara,โ sambil memaklumkan kadar kebolehpasaran graduan TVET dan Kolej Profesional MARA yang mencapai 97.22 peratus pada tahun 2025.
Sidang Tujuh turut menjadi medan meraikan kecemerlangan TVETMARA di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk pencapaian di WorldSkills ASEAN 2025, WorldSkills Asia 2025 serta pelbagai pertandingan inovasi antarabangsa yang menyaksikan wakil TVETMARA meraih pingat dan pengiktirafan membanggakan. Kejayaan institusi seperti TVETMARA Pekan, TVETMARA Kemaman, TVETMARA Kuantan dan TVETMARA Pasir Mas membuktikan keupayaan graduan MARA bersaing dalam bidang teknikal, inovasi dan keusahawanan di peringkat global.
Mengakhiri ucapan, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi menyeru graduan agar terus menjunjung amanah sebagai genMARA dengan menjadi individu berintegriti, berdaya tahan dan sentiasa menyumbang kepada keluarga, masyarakat serta negara. Beliau turut mengingatkan graduan supaya menjadi generasi yang bukan sahaja menerima manfaat pendidikan, malah memanjangkan manfaat kepada generasi seterusnya, selari dengan aspirasi MARA dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berjiwa masyarakat.
#MKP2026
#KonvokesyenIPMA2026
#KPM
#TVETMARA
#WeAreGenMARA
#MerakyatkanMARA
#HebatkanMARA
#HidupBiarBerjasa
#MalaysiaMadani
#UnifiedEntity
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah