Nenhuma avaliação ainda. Seja o primeiro a compartilhar sua experiência!
Últimos Posts
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
[poll]
1,030
4
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
📷 Photo
𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
𝟰𝟬 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 mengingatkan bahawa akhir zaman bukan dongeng atau cerita masa depan. la hakikat yang sedang berlaku.
Dalam suasana kelam mencengkam ini, hanya iman yang teguh mampu menjadi pelindung.
Buku ini hadir sebagai bekalan untuk menguatkan hati di akhir zaman, menenangkan jiwa ketika menghadapi fitnah dan membimbing untuk kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
Segalanya akan terjawab dalam buku 𝟰𝟬 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡.
1,060
23
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
[poll]
1,070
14
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
📷 Photo
𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡...
KARYA TERBARU DARI USTAZ ADNIN DAN DR SABARIAH FARIDAH YANG BERTAJUK
𝗣𝗔𝗥𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡
Buku "Parenting Akhir Zaman" hadir sebagai panduan buat ibu bapa yang tidak mahu sekadar melihat anak berjaya di mata dunia, tetapi lebih takut jika anak gagal di sisi akhirat.
Berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, disokong oleh pengalaman kehidupan sebenar serta dapatan ilmu sains moden.
Buku ini membimbing kita kembali kepada asas, mendidik dengan iman, membentuk dengan hikmah dan membesar dengan kasih yang berpandukan wahyu.
Buku ini akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula 29 Mei sehingga 7 Jun ini di reruai Tarbiah Sentap | No 619. Dewan Tun Razak 3.
942
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
[poll]
1,370
0
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
📷 Photo
𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐁𝐄𝐁𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐀𝐃𝐍𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Dalam riuh dunia yang tak pernah berhenti, ada panggilan agung yang selalu kita dengar... tapi tak selalu kita rasa.
Dengan gaya penyampaian yang kekal santai, adanya lukisan comel yang menyentuh dalam diam.
Setiap helaian mengajak kita menyelami wuduk yang bukan sekadar membasahkan, niat yang bukan sekadar dilafazkan, dan solat yang bukan sekadar gerakan.
Ada jatuh, ada leka, tapi di situlah bermulanya perjalanan kembali.
Kerana akhirnya, solat bukanlah semata-mata tentang cukup lima waktu ... tapi tentang hati seorang hamba yang pulang setiap kali dipanggil kekasihnya.
Segalanya akan terjawab di dalam buku 𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝟐.
1,520
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
[poll]
1,490
11
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
[poll]
1,970
0
0
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
📷 Photo
𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐈𝐙𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐃 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
SINOPSIS BUKU 𝗡𝗢𝗞𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
la bukan sekadar isu tanah atau politik. Hakikatnya, Palestin adalah ujian keimanan untuk kita semua.
Sanggupkah kita terus memejamkan mata, atau bangkit menjadi sebahagian daripada rantai perjuangan umat?
Naskhah 𝗡𝗢𝗞𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 hadir untuk menyingkap realiti sebenar yang cuba disembunyikan dunia.
Segalanya akan terjawab di dalam novel 𝐍𝐎𝐊𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍.
1,320
27
Tarbiah Sentap
11 de mai. de 2026, 19:27
📷 Photo
𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐍𝐈𝐐 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔.
SINOPSIS PENUH BUKU 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 👇🏻
Watak utama di dalam novel ini ialah seorang wanita yang sangat cekal dan tabah, dinamakan Sarah Fathiyah, bagaimana dia menerima hidup dalam keadaan 'denial' setelah dia tahu tentang sesautu di dalam fail tempat dia bekerja.
Kisah hidup sarah lebih tragis apabila dia dapat tahu wanita yang dirumahnya itu bukanlah ibu kandungnya. jika anda berada di tempat sarah, apa yang anda akan buat?
• setiap kali rasa dipandang, rasa diekori
• diganggu dengan mesej2 yang datangnya entah dari siapa siapa
• dihantui oleh bayangan pembunuh yang ingin membunuh dan menutup mulutnya.
Adakah Sarah mampu bertahan dalam kemelut dan ujian yang melanda dirinya? Adakah dia mampu menerima hakikat bahawa ibu kandungnya sebenarnya telah tiada?
Segalanya akan terjawab di dalam novel 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆.
1,940
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
🎥 Video
Malam INI!
Malam Ganjil! Malam 25 Ramadan!
Malam ganjil seperti malam 25 Ramadan adalah peluang besar untuk meraih pahala yang berlipat ganda.
Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh beribadah di malam-malam ini, dan kita pun dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, termasuk berinfaq.
🤲 Salurkan infaq terbaik kita untuk Bantu Saudara kita di Gaza sana.
Keadaan di sana adalah lebih teruk daripada perang sebelum gencatan senjata.
Jangan tunda! Manfaatkan keberkatan malam ganjil ini dengan berinfaq sekarang:
🔗 Klik untuk infaq
http://ezy.la/InfaqForPalestin
3,140
47
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
"Ya Allah, jika Ramadan ini adalah yang terakhir bagiku,jangan biarkan ia berlalu tanpa pengampunanMu. Terimalah sujudku yang tak sempurna dan tangisanku yang masih bersisa
Ya Rabb, saat lampu-lampu dunia mulai berpaling ke hari raya, biarkan hatiku tetap tegak di atas sajadah. Berikan aku kekuatan untuk memeluk malam-malam terakhir ini dengan sisa air mata yang paling jujur"
2,890
201
0
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Kenapa perlu pulun beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan?
Kerana itulah sunnah Nabi SAW. Berdasarkan beberapa hadis antaranya :
"Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah SAW lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya."
6,270
108
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Moga perjalanan Ramadan kita tahun ini lebih berkah, lebih tenang, dan lebih dekat dengan Allah.
Semoga Allah terima setiap amal kita dan pertemukan kita dengan Lailatul Qadar.
3,940
79
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
17 Ramadan (bermula selepas maghrib) ini adalah hari berlakunya 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar.
Allah berfirman dalam Al-Quran: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah Al-Hijr: 9)
Sebab itu umat Islam sangat memuliakan Al-Quran, kerana ia kalam Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia.
4,130
84
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Salam Nuzul al-Quran dari Tarbiah Sentap.
Pada malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengingati turunnya Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh manusia.
Semoga hati kita sentiasa hidup dengan ayat-ayat Allah dan Ramadan ini menjadikan kita insan yang lebih baik.
4,100
87
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Wanita yang haid tetap boleh dapat pahala yang sangat besar dalam bulan Ramadhan.
Haid bukan penghalang untuk dekat dengan Allah cuma ibadah tertentu sahaja yang tak boleh buat (solat dan puasa)
Tapi pintu pahala lain tetap luas.
5,870
145
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Ramadan adalah masa paling mudah untuk berubah dan dekat dengan Allah.
Kalau masih buat dosa, itu peluang untuk muhasabah. Mungkin kerana nafsu, bukan semata-mata syaitan.
3,460
120
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
Nak kenal lebih dekat perjalanan hidup Rasulullah dan pengajaran yang boleh kita amalkan hari ini?
Saksikan podcast Sirah Untuk Pemula (Episode 1) yang telah ditayangkan di You Tube Tarbiah Sentap.
30 hari Ramadan, 30 episod istimewa. Satu perkongsian setiap hari untuk menambah ilmu dan mendekatkan hati.
Tonton sekarang disini :
https://youtu.be/i7nrRjXw4Ho?si=kCb6tJqmO806xudN
Hayati keindahan sirah bersama kami.
4,580
45
Tarbiah Sentap
31 de mar. de 2026, 00:06
📷 Photo
Ya Allah, bantulah kami untuk menjaga iman, memperbanyakkan amal soleh, dan jadikan Ramadan ini Ramadan terbaik dalam hidup kami.
Terimalah ibadah kami dan ampunkan dosa-dosa kami. Aamiin ya Rabbal ‘alamin.