UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Istana Besar Johor hari ini amat besar ertinya kepada seluruh keluarga besar UMNO dalam memperingati detik bersejarah penubuhan UMNO di Johor pada 11 Mei 1946.
UMNO dalam satu kenyataan media turut merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan bagi sesi fotografi rasmi di Tangga Agung Istana Besar Johor yang merupakan lokasi bersejarah penyatuan Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/umno-junjung-kasih-keberangkatan-agong-pemangku-sultan-johor-sempena-ulang-tahun-ke-80-di-istana-besar-johor/
4,790
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO
Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 UMNO hari ini.
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, HRH Crown Prince of Johor memaklumkan, turut hadir sesi fotografi tersebut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Memperingati UMNO Yang ke-80 Tahun di Istana Besar, Johor Bahru"
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/yang-di-pertuan-agong-sertai-sesi-fotografi-di-tangga-selat-istana-besar-sempena-ulang-tahun-ke-80-umno/
4,510
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
"Segala Puji Bagi Allah.." - Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail
Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur kepada Allah S. W. T
Baginda menzahirkan saya syukur ke hadrat Ilahi selepas kelab itu kini hanya selangkah untuk mencipta rekod dunia baharu bola sepak.
"Segala puji bagi Allah..," titah baginda menerusi hantaran di laman X.
Semalam, JDT mencipta sejarah apabila menyamai rekod dunia milik kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas dengan 108 perlawanan liga tanpa kalah.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/segala-puji-bagi-allah-pemilik-jdt-tunku-mahkota-ismail/
4,220
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di laman Facebook MKM.
Terdahulu, kenyataan media oleh Setiausaha Agung MKM itu dimuat naik oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh di laman media sosial beliau hari ini.
Aqeef mendakwa, kenyataan media yang tular menggunakan nama MKM berhubung perkara itu semalam tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan melalui saluran rasmi MKM.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/kenyataan-setiausaha-agung-mkm-muncul-di-laman-facebook/
4,280
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
PAID REVIEW/IKLAN BERBAYAR DENGAN HARGA MURAH.
SESIAPA YG BERMINAT NK IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI MYNEWSHUB? TEKAN LINK TERTERA.
https://wasap.my/60129867109/iklan
4,350
2
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP - Teo Nie Ching
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali antara enam individu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini sehingga 10 Mei 2029.
"Tahniah buat Ahli CEC DAP dan Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar atas lantikan sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun," kata Ahli Parlimen DAP Bangi, Syahredzan Johan dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden DAP Teo Nie Ching menyifatkan majlis itu merupakan satu detik penting buat DAP apabila barisan senator baharu mencerminkan kepelbagaian sebenar Malaysia.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/naib-pengerusi-dap-johor-sheikh-umar-dilantik-sebagai-ahli-dewan-negara-detik-penting-buat-dap-teo-nie-ching/
4,360
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi agama tersebut menganjurkan Sambutan Hari Guru tular di media sosial.
Menurut isi kandungan surat berkenaan, jabatan itu menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran JAIS tidak dibenarkan menganjurkan Sambutan Hari Guru sama ada di peringkat daerah mahupun sekolah.
Surat berkenaan dikongsikan oleh Ketua
Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar di akaun media sosial beliau hari ini.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/sekolah-pentadbiran-jais-tidak-dibenarkan-sambut-hari-guru/
4,680
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa kenyataan media yang tular menggunakan nama MKM berhubung perkara itu semalam tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan melalui saluran rasmi MKM.
Kenyataan media oleh Setiausaha Agung MKM itu turut dimuat naik oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh di laman media sosial beliau hari ini.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/fuziah-salleh-muat-naik-kenyataan-setiausaha-agung-mkm-nafi-hilang-kepercayaan-terhadap-pkr-anwar/
4,530
Mynewshub
12 de mai. de 2026, 06:59
📷 Photo
Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin dekat?”
Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya membangkitkan persoalan itu susulan penganjuran konvensyen berkaitan bangsa Melayu oleh dua parti politik semalam.
Menurut beliau, UMNO menganjurkan Konvensyen Musyawarah Nasional dengan tema “Keresahan Bangsa Melayu - Apa Penyelesaiannya”.
Kata beliau, pada hari yang sama, parti PAS pula menganjurkan Konvensyen Tanah Rizab Melayu.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/05/konvensyen-melayu-balik-balik-yang-untung-parti-dan-orang-politik/
4,520
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
3,680
77
0
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?
"Penyembelihan Merkava" Oleh Hezbollah.... Didakwa Berjaya Dilakukan Dalam 15 Hari.....
Oleh Mynewshub
Realiti Atau Perang Persepsi?
Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan sekitar 100 kereta kebal utama Israel, Merkava, dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
Hezbollah dikatakan menggunakan peluru anti kereta kebal berharga RM4,000 sebuah untuk memusnahkan setiap Merkava yang dianggarkan berharga RM24 juta.
Ini dikatakan kemusnahan perang paling teruk untuk IDF dalam tempoh 45 tahun.
Dakwaan tersebut segera mencetuskan perhatian dunia, namun seperti kebiasaan dalam konflik bersenjata, angka sebenar masih kabur dan sukar disahkan secara bebas.
Apa yang pasti, pertempuran di kawasan sempadan seperti Taybeh, Khiam dan beberapa kampung berhampiran semakin sengit, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan darat dan udara.
Dalam naratif yang dibawa Hezbollah, kejayaan ini dilihat sebagai bukti bahawa kekuatan darat Israel bukan lagi kebal seperti dahulu.
Namun di pihak Israel (IDF), kerugian sebenar tidak diperincikan dan dakwaan tersebut dianggap berlebihan.
🔥 Bagaimana Merkava diserang?
Walaupun jumlah sebenar masih dipersoalkan, satu perkara yang jelas ialah taktik serangan terhadap kereta kebal moden seperti Merkava semakin berkembang dan lebih agresif.
1. Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal (ATGM)
Senjata seperti Kornet sering digunakan untuk menyerang dari jarak jauh dengan ketepatan tinggi. Peluru berpandu ini mampu menembusi perisai tebal Merkava, terutamanya jika terkena pada bahagian sisi atau belakang yang lebih lemah.
2. Dron FPV (First-Person View)
Dron kecil yang dipasang bahan letupan kini menjadi ancaman baharu. Ia boleh diterbangkan terus ke arah kereta kebal dan meletup pada bahagian sensitif seperti bahagian atas turet, yang biasanya kurang dilindungi.
3. Serangan Berlapis (Ambush Tactics)
Hezbollah dilaporkan menggunakan taktik memancing pergerakan kereta kebal sebelum melancarkan serangan berlapis — gabungan ATGM, dron dan roket. Ini menyukarkan sistem pertahanan aktif seperti Trophy untuk bertindak balas terhadap pelbagai ancaman serentak.
4. Serangan Artilleri dan Roket Sokongan
Serangan sokongan digunakan untuk mengganggu pergerakan dan komunikasi unit kereta kebal, sekaligus membuka ruang untuk serangan tepat oleh pasukan darat.
🧠 Kesimpulan
Sama ada angka 100 itu tepat atau tidak, hakikatnya medan perang di selatan Lubnan sedang memasuki fasa baharu.
Kereta kebal moden seperti Merkava, walaupun canggih, tidak lagi kebal sepenuhnya.
Dan dalam peperangan moden hari ini, bukan sahaja kekuatan senjata yang menentukan kemenangan — tetapi juga taktik, teknologi, dan siapa yang lebih bijak membaca pergerakan musuh.
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
Mengapa Masih Belum Ada Arahan 'Work From Home'? - Radzi Jidin
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada arahan jelas dikeluarkan mengenainya.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin mempersoalkan mengapa tiada perkembangan lanjut diumumkan selepas 15 hari kerajaan menyatakan cadangan tersebut.
Beliau berkata, pada 13 Mac lalu, kerajaan memaklumkan keputusan berkaitan WFH akan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pada 17 Mac.
Bagaimanapun, pada tarikh tersebut, keputusan itu dikatakan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara selepas Aidilfitri.
“Mesyuarat telah diadakan pada 25 Mac, namun masih tiada sebarang penjelasan berkaitan pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah untuk kakitangan kerajaan,” katanya menerusi rakaman video.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/03/mengapa-masih-belum-ada-arahan-work-from-home-radzi-jidin/
4,500
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
Donald Trump Dirasuk Syaitan - Abdul Hadi
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menunjukkan sifat takbur akibat telah dirasuk oleh syaitan dan manusia berideologi zionis.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin kuasa besar itu melancarkan serangan ganas secara bersekutu dengan kerjasama yahudi dan kumpulan musyrikin baharu.
"Tujuannya bagi menghapuskan Islam dan semua kumpulan yang mempertahankan Palestin dan Masjid al-Aqsa yang menjadi tanah suci umat Islam.
"Kumpulan bukan Islam ini juga bertopengkan agama yang menolak Islam dan para anbiya’ bersama kitab petunjuk Allah Pencipta Alam," katanya dalam satu kenyataan.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/03/donald-trump-dirasuk-syaitan-abdul-hadi/
4,720
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama - Firdaus Wong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi minyak ketika ini.
Menurut beliau, minyak naik hanya sekejap dan ia akan berkurangan apabila kenderaan telah bergerak.
"Saudaraku semua. Jangan risau pasal minyak naik ni. Bersabarlah.. Sekejap aje tu. Bila kereta tu dah jalan nanti minyak tu akan turun sedikit demi sedikit.
"Kalau tak percaya, cuba sendiri," katanya secara berseloroh di laman media sosial hari ini.
Kenyataan bersifat jenaka tentang minyak tersebut mencuri perhatian ramai netizen.
Beliau turut berseloroh bahawa jika minyak tidak berkurang selepas memandu, kemungkinan kenderaan yang digunakan jenis elektrik (EV) atau hibrid plug-in (PHEV).
“Kalau selepas anda pandu kereta dan minyak tak turun, mungkin anda bawa kereta EV atau PHEV. Hukum alam lepas pandu, minyak mesti turun, kan?," katanya. - MYNEWSHUB
4,680
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa - Akmal
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah itu supaya mereka juga merasai keadaan rakyat ketika ini.
"Saya ingin mencadangkan agar gaji Ahli Parlimen dan ADUN sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang dipotong.
"Untuk sama-sama merasa bagaimana kehidupan yang rakyat rasakan sekarang ini," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/03/potong-gaji-ahli-parlimen-dan-adun-rasai-apa-rakyat-rasa-akmal/
4,340
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU), Januari lalu.
Tertuduh, R Sivanesan, 39, didapati melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 29 tahun yang mempunyai kecacatan pendengaran, pertuturan serta lembam pembelajaran di sebuah rumah di Taman Jaya Mas, Skudai.
Mahkamah menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun serta sebatan.
Dalam rayuan, tertuduh yang menghidap HIV dan leukemia memohon hukuman diringankan, namun pihak pendakwaan menegaskan perbuatan itu serius kerana mangsa merupakan golongan rentan.
Peguam tertuduh, Omar Kutty Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa tertuduh memohon maaf dan insaf atas perbuatannya itu serta rajin membuat kerja amal di kuil.
“Tertuduh bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM2,200 sebulan. Dia menghidap penyakit HIV dan leukemia atau kanser darah.
“Masalah kesihatan dihidapi menyebabkan tertuduh perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tertuduh banyak membuat kerja amal di kuil dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya di mahkamah semalam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin.
Selain hukuman penjara dan sebatan, Hakim Madihah Zainol turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan serta pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.
Kes ini mencetuskan kebimbangan awam terhadap keselamatan golongan OKU daripada jenayah seksual.
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
🎥 Video
Video Serangan Hezbollah Tular, Dakwa Puluhan Kereta Kebal Israel Musnah — Fakta Sebenar Masih Kabur
SATU rakaman video yang tular di media sosial didakwa memaparkan serangan oleh kumpulan bersenjata Hezbollah terhadap konvoi kenderaan perisai milik Israel Defense Forces (IDF) di kawasan sempadan selatan Lubnan berhampiran Israel.
Menurut dakwaan yang dikaitkan dengan kenyataan Hezbollah pada 26 hingga 27 Mac, serangan tersebut berlaku di paksi Taybeh–Deir Siryan/Qantara, kira-kira 5 hingga 10 kilometer dari sempadan Israel.
🎯 Dakwaan Serangan Berskala Besar
Hezbollah mendakwa operasi itu dilaksanakan oleh unit elit mereka, dikenali sebagai Radwan Forces, dengan sasaran utama konvoi kereta kebal jenis Merkava milik Israel.
Antara dakwaan utama:
8 hingga 21 kereta kebal Merkava dikatakan terkena atau musnah
Serangan dilakukan secara berperingkat
Menggunakan gabungan:
Peluru berpandu anti-kereta kebal (ATGM) seperti Kornet
Drone FPV (first-person view)
Sokongan roket dan artileri
4,390
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
📷 Photo
🌊 PROMOSI GILA GILA COWAY 2026 ! 🌊
PENAPIS AIR RM20 JE SEBULAN WOW
Nak pakai penapis air Coway tapi rasa MAHAL ?
Sekarang SEMUA MODEL PENAPIS AIR boleh dapat serendah
💥RM20 SAHAJA SEBULAN💥
📌Penghantaran PERCUMA
📌Pemasangan PERCUMA
📌Service PERCUMA
RM20 je sebulan dah boleh minum air bersih dan berkualiti 💙
🎁 🎁Free Gift Pun ada …
1) Penapis Air 3in1~RM109~ RM20
2) Penapis Udara ~RM105~ RM30
3) Tilam Coway ~RM109~ RM49
4) Aircond Coway ~RM100~ RM90
5) Massage Chair ~RM145~ RM125
6) Massage Chair ~RM120~ RM95🆕
7)mesin basuh RM47 TERKINI‼️‼️
8)outdoorfilter RM30🆕🆕
SPECIAL DEAL
Nak TRADE IN Penapis Air lama yang dah tamat kontrak (Coway) pun boleh bulan ni.. Dapat harga lagi murah tau🤩
Promosi TERHAD ‼️ Siapa cepat dia DAPAT 🔥MULA PAYMENT BULAN JUN/2026
Berminat ? Boleh PM/Whatsapp saya SEKARANG❗️
http://www.wasap.my/60129264260/NAKPROMOSIRM20
4,820
Mynewshub
29 de mar. de 2026, 10:25
Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? - MCA
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200 liter sebulan adalah golongan berpendapatan tinggi.
Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Kang Meng Fuat ketika mengemukakan pertanyaan itu turut mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan golongan 10 peratus tersebut mampu menanggung harga minyak yang lebih tinggi.
"Golongan ini mungkin terdiri daripada pekerja yang terpaksa tinggal di kawasan pinggir bandar dan berulang-alik jauh setiap hari atau pasangan ‘hujung minggu’
"Bagi mereka, lebihan 100 liter petrol bukan kemewahan, tetapi keperluan asas meneruskan kehidupan. Apabila ruang ini disempitkan, kehidupan mereka jadi lebih sukar dan tertekan, bukan seperti didakwa kerajaan ‘tidak terjejas," katanya.
Baca selanjutnya...
https://www.mynewshub.tv/2026/03/betulkah-hanya-golongan-kaya-guna-lebih-200-liter-mca/