SPEKULASI SIAPAKAH DI SEBALIK EDISI SIASAT (ES)? KENAPA EDISI SIASAT PERLU DIBURU DAN DIBAWA KEMUKA PENGADILAN?
Segenap masyarakat Malaysia amnya tertanya-tanya siapakah gerangan ES yang dilihat aktif memuatnaik berita, laporan, pendedahan, fitnah, tuduhan, tomahan, terhadap individu mahupun agensi tertentu di media sosial telegram miliknya. Ada yang benar, telah disiasat dan diambil tindakan sewajarnya namun lebih banyaknya auta. Auta atau dalam erti kata yang lain adalah tidak benar dan palsu.
Hebat admin ES ini, kerana berselindung di sebalik kalimah-kalimah agung yang diungkapkan oleh orang Islam. Kalimah-kalimah seperti ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, ‘allahuakbar’, tidak lekang malahan sentiasa dizikirkan di kebanyakkan posting ES. Sehinggakan para pembaca pun terpedaya dengan helah ini dan berfikiran admin ES ini seorang Melayu dan Islam? Sungguh menyedihkan, disebalik ES ini mungkin terdiri daripada orang Melayu Islam, namun admin ES sendiri disyaki bukan seorang Islam. Dia hanyalah satu sosok yang menggunakan dan memanipulasikan kalimah-kalimah tersebut untuk menarik para pembaca terutamanya orang melayu islam untuk membenci para pemimpin islam di dalam pasukan keselamatan negara terutamanya dan lain-lain agensi amnya.
Taktik menabur fitnah, tomahan, tuduh dengan cara berulang-ulang kali dan repeatitive dibuat supaya fitnah, tomahan dan tuduhan itu dianggap betul. Sejak akhir-akhir ini, banyak maklumat, gossip liar kedengaran yang ES terdiri beberapa individu yang terdiri daripada orang awam dan dari badan penguatkuasa sendiri yang dikatakan barua yang menikam pasukan sendiri demi kepentingan peribadi.
Sebagai pengenalan, ramai mengesyaki admin ES ialah Dxxxxk R. Sxi Sxxxxxxxxn atau dalam penulisan ini kita namakannya sebagai ‘Monyet 1’. Eh? Tetapi dia bukan Dxxxxk dah. Al maklumlah gelaran dah ditarik disebabkan oleh perangai musibatnya itu. Ikuti pendedahan tanpa asas bukti yang kukuh ini.
ES tidak akan membuat kerja seorang diri. Siapa nak bagi duit topup bulanan? Siapa nak bayar iphone yang digunakannya? Siapa nak beri maklumat dan rahsia dalaman kepada ES? Siapa nak bayar bil telefon? Siapa nak belikan laptop atau macbook yang berharga beribu ringgit tu? Siapa nak bayar lokasi / pertemuan mereka dengan sumber-sumber dalaman di hotel-hotel 5 bintang tu? Takkan nak jumpa di Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang kot? Memang la admin ES jenis tekak kari. Kantoi la jumpa di mamak. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Namun, kali ini bukan tupai yang akan jatuh, tetapi Monyet.
Terdapat beberapa individu pernah ternampak perjumpaan diantara Monyet 1 dengan tiga orang yang lain di sebuah hotel mewah sekitar lembah klang. Tiga orang yang lain ini juga bukan calang-calang orangnya. Dua daripadanya antara pemimpin tertinggi PxxM dan seorang lagi merupakan bekas pemimpin no 1 SxxM. Dua pemimpin PxxM tersebut kita namakan Monyet 2 dan Monyet 3 dan bekas pemimpin no 1 SxxM itu kita namakan sebagai Monyet 4. Sebenarnya ada lagi seekor, Monyet 5 yang disyaki dari sebuah parti politik, namun Monyet 5 ini tidak kelihatan di dalam pertemuan tersebut, dan hanya disyaki sebagai funder kepada ES disebabkan sebuah nama syarikat pernah terkantoi sewaktu ES pernah dihack oleh hackers Malaysia suatu ketika dahulu, di mana hasil hacking tersebut membawa kepada satu nama syarikat ‘Gxxxxxxg Lxxxxxi’ yang dipercayai dimilik oleh Monyet 5.
Abaikan sementara mengenai siapakah monyet 2, monyet 3, monyet 4 dan monyet 5 ini. Biarkan pasukan risikan khas dari PxxM dan SxxM sendiri yang jalankan, kerana kita lebih berminat dengan monyet 1 yang tidak bijak buat kerja undercover ES.
Dimanakah ES beroperasi? Apabila sembang kedai kopi bersama rakan-rakan dari pasukan keselamatan Negara, alasan yang dikemukakan hanyalah “susah nak cari ES sebab server telegram di german la russia la blablabla”. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kalau anda seorang yang pernah mengikuti dan membaca penulisan Monyet 1, pasti anda akan mengesyaki admin ES adalah Monyet 1.