Terbaca satu kisah benar dari China.
Seorang gadis muda yang sakit kanser darah dan tengah jalani chemo, terlalu sunyi sampai dia guna apps penghantaran makanan bukan untuk order makanan, tapi untuk minta ada orang duduk teman dia di hospital. Lepas tu datang seorang rider, kemudian rider lain pun datang sama, teman dia, bawa buah, bawa bunga, borak-borak dan bagi semangat. Akhirnya keadaan dia pun bertambah baik.
Jom aku nak ulas sikit.
1. Bagi aku, kisah macam ni memang menyentuh hati. Tapi kalau dari sudut orang yang memang percaya pada rawatan alternatif dan penyembuhan secara menyeluruh, benda ni tak pelik pun. Cuma mungkin nampak pelik pada orang yang terlalu bergantung pada rawatan moden semata-mata, sampai rasa nak sembuh tu kena tunggu ubat, mesin dan prosedur je.
2. Padahal orang sakit ni bukan badan dia je sakit. Emosi dia pun down. Jiwa dia pun letih. Kadang yang paling perit bukan sakit tu sendiri, tapi rasa sunyi, rasa tak dipedulikan, rasa macam tanggung semua benda sorang-sorang. Bila hati lemah, badan pun biasanya makin lemah.
3. Sebab tu aku selalu percaya, support dari orang sekeliling memang sangat penting. Bukan sekadar ziarah saja, tapi terutama sekali orang yang paling dekat dengan dia. Keluarga, pasangan, anak-anak, adik-beradik. Orang yang sakit ni sangat perlukan rasa dia ada tempat bergantung dan ada orang yang betul-betul hadir untuk dia.
4. Dalam Islam pun memang kita diajar ziarah orang sakit. Bukan saja-saja. Bukan adat kosong. Memang ada hikmah besar. Bila kita datang, duduk, tanya khabar, cakap baik-baik, orang sakit tu rasa lebih tenang. Kadang-kadang semangat dia naik balik hanya sebab ada orang datang temankan. Benda macam ni ramai orang pandang kecil, padahal besar kesannya.
5. Tapi pada aku, selain ziarah, yang paling penting ialah apa yang berlaku dalam rumah sendiri. Aku selalu pesan, kalau ada yang sakit, jangan cuma sibuk tanya ubat apa, klinik cakap apa, result macam mana. Cuba bina bonding. Banyakkan komunikasi. Ceriakan orang yang sakit tu. Bagi dia rasa dia tak lawan sakit tu sorang-sorang.
6. Salah satu cara yang aku memang amalkan kat rumah ialah urutan. Memang dah jadi macam tradisi kat rumah ni. Kalau ada yang tak sihat, badan lesu, tak sedap badan atau emosi down, aku akan mula dengan urutan. Biasanya aku guna minyak herba yang memang dah ada. Kadang aku campur dengan minyak kelapa dara kalau nak buat urutan satu badan.
7. Kalau setakat bahagian tertentu je, selalunya tak perlu campur pun. Sebab minyak herba tu sendiri dah cukup kuat, dah macam pati. Bila buat urutan tu, bukan sekadar nak bagi badan lega. Tapi sambil tu lah kita bercakap, tanya apa dia rasa, dengar dia meluah, pujuk dia, tenangkan dia. Kadang-kadang orang sakit ni dia perlukan sangat benda macam ni.
8. Bagi aku, penyembuhan tu jangan disempitkan sangat. Jangan lupa sentuhan, komunikasi, suasana yang tenang, support dari keluarga dan kasih sayang pun sangat membantu. Ada sakit yang perlukan penawar. Ada sakit yang perlukan semangat. Dan selalunya dua-dua ni kena jalan sekali.
9. Jadi bila baca kisah dari China tu, aku tak rasa ia sesuatu yang ajaib pun. Aku cuma rasa semoga lebih ramai buka mata. Kadang-kadang benda yang paling membantu orang sakit bukan rawatan yang paling mahal, tapi kehadiran orang yang sayang, tangan yang sudi mengurut, mulut yang bercakap lembut, dan hati yang betul-betul peduli dan prihatin.
#sharingbynfam #sihatcaraalami
https://www.facebook.com/share/14kXKy7WST5/?mibextid=wwXIfr