The truth is.... ada orang memang ditakdirkan for greatness dan ada orang walau sekuat mana pun dia usaha dia tetap akan jadi average...
This may be true and might also be false
Tapi macam apa yang korang nampak, ni la kehidupan sebenar trader kalau kau tak buat business lain. Alhamdulillah, ada tempat tinggal, ada kenderaan, segala serba cukup tapi tidaklah sampai ke level mewah.
Dulu aku okey je hidup freelance, duduk rumah, pagi2 pergi taman, jalan-jalan dengan isteri dan anak2, takde redah jem, santai je hidup. Tapi bila "trader" generasi baru datang tunjuk kejayaan, kemewahan, dan memang dia own semua yang dia flex bukan sewa bukan fake liability tapi real sportcar loan 9 tahun atas nama dia. And to get that kind of loan, dia mesti somebody yang ada a lot of money. Orang macam aku ni nak ketawakan diaorang memang tak layak, dulu nak apply loan beli moto pun tak lepas, xde slip gaji, xde commitmen, xde credit card dan macam2 lagi...
Deep down, aku nak jugak kaya macam diaorang dan aku ada je capability untuk buat apa yang diaorang buat. Tapi walaupun dengan experience aku, akan ada hari signal loss, akan ada juga bulan yang penuh dengan losing streak.
Now I'm way above the margin but orang yang follow aku mungkin baru start, masih tak faham konsep risk dalam trading. Walaupun orang baru ni la paling sedap aku nak gula-gula kan, tapi aku dulu masuk industri ni bukan ikut laluan IB tapi laluan trader. Kene pijak, kene ketawa, dipermain diperbodohkan orang yang lebih tahu dari aku. Aku tak sampai hati nak buat kat orang macam mana aku kene dulu, tapi mungkin sebab tu kot hidup aku macam ni je.
Aku duk fikir apa orang kata, aku duk fikir nasib orang tapi tak pernah nak fikir nasib sendiri.
Saat paling hina sekali bila aku dicompare bagaikan card pokemon dengan "trader-trader" generasi baru. Aku tak buat jahat tapi dikelompokkan sekali. Kadang-kadang aku rasa, kalau macam tu baik aku buat jahat sekali.
Sedih kadang2 tengok nasib hidup aku ni, dikelompokkan sekali dengan scammer tapi poket tak setebal mereka.
Entah la wehh... penat...😊
Salam jumaat semua