Kejayaan sebenar bila kita percaya kita boleh berjaya
Kata mentor Tuan Haji Mohd Zulkifli shafie :"Banyak membaca, tambah ilmu, join circle yang betul. Walaupun belum kaya, tapi nilai diri kita meningkat dalam diam. Bila mindset berubah, ilmu bertambah, tabiat dan rutin pun dah mula berubah, kekayaan akan datang kepada kita. In shaa Allah."
Setiap dari kita ada kekuatan tersendiri.
Allah tidak menciptakan kita sia-sia begitu sahaja
Ada yang terlahir dalam keluarga yang susah.
Ada yang datang dari keluarga yang bermasalah.
Ada yang masa kecilnya baik, besar berubah.
Ada yang hidup merempat tiada tempat berteduh.
Ada lahir kaya, kesudahannya sengsara.
Itu bukan tanpa sengaja Allah tentukan, tetapi semuanya dengan tujuan dan matlamat yang kita sendiri tidak tahu.
Ada satu kajian menunjukkan bahawa manusia ini mempunyai nilai diri yang dipandang dari sudut atau sisi tertentu.
Salah satunya adalah "Diri tidak tahu, orang tidak tahu".
Yang membawa maksud kita tidak tahu kekuatan diri kita, kita tidak tahu kelemahan diri kita dan kita tidak tahu apa yang ada dihadapan kita.
Perkara sama berlaku pada orang lain juga.
Mereka tidak tahu kekuatan kita, mereka tidak tahu kelemahan kita dan mereka juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita.
Semuanya ditentukan oleh takdir Allah sejak azali lagi.
Kadang kereta rosak di tengah jalan, kita tolak kereta pergi ketepi dan membetulkan kereta.
Kita mengeluh kerana lambat sampai ke destinasi.
Namun apa yang sebenarnya bakal berlaku, itu suatu rahsia yang tersembunyi.
Mungkin juga jika kereta kita tidak bermasalah, maka kita akan dapat kecelakaan tertentu jika kita hampir sampai ke destinasi.
Allah menyelamatkan kita dalam masa kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu.
Semuanya dengan Rahmat Allah jua.
Mungkin hari ini, kita belum berjaya, tapi suatu masa nanti, tepat pada tempatnya, keadaannya, masanya dan ketikanya, pasti kejayaan akan tiba.
Segala ujian bukan untuk melemahkan kita, tetapi menjadikan kita lebih kuat dan lahir sebagai insan yang baru lebih baik keadaannya dari sebelumnya.
Jadi, katakan yang baik, mensyukuri setiap apa yang hadir dalam hidup kita kerana apabila kita mengucapkan perkara yang buruk, yang pertama perkataan kita itu didengari adalah telinga kita.
Firman Allah :"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Ar-Ra'd (Guruh) 13:11
#MembinaDiri #TipsKejayaan #MuhasabahDiri