Teringat kisah susu tahun 2018 masa saya kerja di klinik swasta.
Ada syarikat susu datang. Nak promote susu kotak dan susu tepung, supaya doktor bertugas dan staff klinik cadangkan susu diorang pada pesakit.
Masa talk tu, diorang cerita tentang;
- Kepentingan minum susu untuk umur anak 1 hingga 6 tahun.
- Umur sekian dan sekian, perlu ambil susu jenis sekian dan sekian.
- Setiap jenis susu diadun formula nya bergantung kepada tahap umur anak.
- Penting anak ambil susu mereka untuk perkembangan tulang, gigi, otak dan fizikal yang optimum.
Saya dengar dan diam je. Diorang tanya, saya bagi anak minum susu apa. Masa tu anak saya setahun lebih, dan sorang lagi 4 bulan. Saya jawab susu ibu kedua-duanya.
Mereka sambut jawapan saya, dengan tanya pulak saya minum susu apa, dan cadangkan susu mereka. Kemudian bagi sampel susu tepung ibu dan susu kotak anak, untuk saya bawa balik. Hmmm.
Susu bukan tak elok. Malah ia minuman Rasulullah SAW. Mana mungkin susu tak bagus untuk kesihatan jika ia adalah minuman Baginda Rasul.
Cuma, susu sekarang dah tak macam dulu. Susu dulu dari ladang terus ke dapur. Susu sekarang masuk kilang, tambah gula perisa perasa pewarna pemanis.
Dan ini bukan kali pertama dan terakhir syarikat susu datang iklan di klinik. Berkali-kali, malah siap bagi free gift untuk diberi pada pesakit.
Kadang kita pelik, mana datang banyak betul penyakit kronik zaman sekarang yang melibatkan anak-anak.
Batuk lama tak sembuh.
Asthma attack.
Asyik berkahak.
Kerap demam.
Eczema kulit gatal.
Resdung asyik bersin.
Tonsil tak surut.
Sembelit najis keras je selalu.
Ia bukan lah semata-mata penyebabnya dari susu. Tapi cuba pantang kejap apa-apa jenis susu dalam sebulan, dan lihat sendiri tahap kesihatan anak korang.
Susu zaman sekarang, banyak gula. Maltodekstrin banyak dalam susu tepung. Maltodekstrin ni berselindung di sebalik nama gula.
Gula, racun dalam selimut untuk kita semua. Sebab ianya kita anggap 'makanan', dan banyak nama lain digunakan sebagai ganti gula/sugar. Jadi, kita kadang tak ada rasa bersalah pun makan gula dengan banyaknya tanpa kita sedar.
Terkejut juga saya tengok fakta ni, peratusan dibandingkan, sekarang dan tahun 1970;
- Autism : meningkat ~ 9000%
- ADHD : meningkat ~ 200%
- Eczema : meningkat ~ 100%
- Mental health disorder : meningkat ~ 71%
- Diabetes type 2 : terlalu banyak untuk dikira, tak terkira, secara kasar macam tak ada pun anak-anak kencing manis type 2 pada tahun 1970
Kalau kita sekadar baca "dulu tak ada better diagnosis macam sekarang". Kita mungkin tak akan jumpa punca sebenar dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Sihat itu tuntutan dalam Islam, sihat itu sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul.
Antara tips paling utama untuk sihat adalah, jauhi gula. Gula ada dalam 99% makanan tinggi proses, termasuk susu formula untuk bayi umur 1 hari, susu yang diformulakan untuk pesakit, susu yang diformulakan untuk ibu mengandung, susu yang diformulakan untuk warga emas.
Kita memang tak dapat lari dari susu kan. 😢
Susu terbaik untuk anak, adalah susu yang disebut dalam Al-Quran, iaitu susu ibu, untuk anak baru lahir sehingga paling kurang 2 tahun. Selepas 2 tahun, banyakkan makanan segar dan sunning untuk tulang dan gigi yang kuat.
Mazliana Mazlan