PERUT MASAK MASAK LEMAK PEDAS
Menu aidiladha yang lepas sempat buat perut masak lemak di rumah mentua. ๐Biasa makan, tapi tak pernah buat sendiri. Rupanya senang jeee.
โข Perut lembu/kampung
โข 2 helai daun kunyit
โข 150ml santan pekat
โข 2 asam keping
โข 1 biji bawang merah**
โข Cili api** ikut level pedas sendiri
โข 1 inci halia**
Kisar halus bahan bertanda**
1. Cuci bersih organ perut yang nak dimasak, boleh guna kapur masakan, asam limau supaya kurang bau. Kemudian rebus. Selepas rebus, gunting kecil.
2. Satukan semua bahan dalam periuk. Ye, campak je semua. ๐ Tambah air sikit dalam setengah cawan.
3. Kacau2 hingga masak pekat sikit dan tambah garam. Siappp. Lagi sedap kalau ada terung bulat asam. ๐คค
1,460
12
0
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
BAKED SWEET POTATO
โข sweet potato
โข mozarella cheese (optional)
โข parmesan cheese (optional)
โข chili flakes
โข butter
โข daun ketumbar
1. Panaskan oven. Cuci bersih sweet potato, tak perlu buang kulit.
2. Bakar sweet potato dengan suhu 200ยฐC selama 30 minit. Kemudian rendam sekejap dalam air sejuk โ๏ธ, dan sambung bakar lagi 30 minit atau hingga cukup masak.
3. Dah siap, boleh belah potato, tekan2 dengan garfu dan letak butter, cheese, chili flakes, daun ketumbar. Masuk semula dalam oven untuk cairkan moza cheese sekejap, and doneee. โจ
1,190
16
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
AVOCADO MILK ๐ฅ
โข 1 biji avocado
โข 500ml fresh milk
โข 1 tsp susu pekat atau any preferred sweetener
1. Masukkan semua bahan dalam blend cup, then blend jelah. ๐ easy.
Biasa dekat kedai jual jus alpukat ni ada letak chocolate sauce, whipped cream nak bagi fancy. Mei letak madu. Up to you guys nak letak apa, blend dengan susu je pun takpe dah. Rasa macam ice cream ๐
1,800
6
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
MUSHROOM SOUP ๐โ๐ซ
โข Cendawan 3 jenis (Mei guna shiitake, white button, shimeji)
โข 1 biji bawang holland (dadu kecil)
โข 4 ulas bawang putih (cincang)
โข 3tbsp minyak zaitun
โข 3tbsp butter
โข 1 kotak kecil cooking cream
โข 1 kiub ayam atau 1 cawan chicken broth
โข 500ml air
โข Thyme
1. Potong cendawan ikut suka, nak slice boleh, nak cincang pun boleh.
2. Campurkan minyak zaitun & butter dalam periuk, tumis bawang holland & bawang putih 1 minit.
3. Tambah cendawan dan masak hingga keperangan.
4. Masukkan cooking cream, tambah air dan kiub ayam. Kacau sebati & tutup periuk, renehkan 20 minit dengan api kecil.
5. Ambil separuh sup cendawan, blend halus. Kemudian campurkan semula dalam periuk. Tambah 5-6 akar fresh thyme, kacau rata. Kalau takde fresh herbs boleh guna any dried herbs. Siap!
**Mei tak tambah garam sebab kiub ayam dah cukup masin.
**Adjust kepekatan sup ikut suka, kalau nak cair tambah air.
1,870
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
IKAN MASAK LEMAK BELIMBING BULUH
Menu ni memang senang macam campak campak siap! ๐
โข Ikan (Mei guna talapia)
โข Kunyit
โข 1 bawang besar (blend)
โข Cili api (blend- ikut pedas sendiri)
โข 2 batang serai
โข Santan
โข Belimbing buluh (belah dua)
1. Gaul ikan dengan garam & kunyit, goreng kan dulu. Lagi sedap kalau goreng garing.
2. Dalam periuk, satukan bahan blend, serai, kunyit dan santan. Campurkan sedikit air ikut level kuah nak banyak mana. Kacau & didihkan.
3. Bila santan mendidih, masukkan ikan yang siap digoreng & belimbing buluh. Perasakan dengan garam. Kacau sekejap dah siap!
**Boleh guna sebarang ikan pilihan. Tenggiri, kembung pun sedap!
1,980
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
AVOCADO CHOCOLATE ๐ซ
๐ฅ Healthy choice
๐ง๐ป Kids friendly
โข 2 biji avocado
โข 3tbsp greek yogurt - brand Sunglo tanpa sugar
โข 3-5 biji kurma (rendam air panas)
โข 2-3tbsp serbuk koko (unsweetened)
โข 1tsp vanilla extract
โข Kekacang (optional)
โข Berries (optional)
1. Buang biji kurma, satukan semua bahan dalam mixer or blender, kecuali berries. Untuk kacang Mei letak sikit je badam & gajus, tak letak pun takpe. Blend sampai halus.
2. All done. ๐ senang amat.
Boleh makan terus atau simpan sejuk sekejap. Mei letak berries on top & tabur kekacang.
2,460
8
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
8 Sep 2026, 14.15
๐ท Photo
SAMBAL BELACAN MANGGA ๐ฅญ
โข 10 cili api (atau boleh campur cili besar)
โข 1ยฝ inci belacan bakar
โข 1 biji limau kasturi
โข 2 biji mangga kecil (hiris)
1. Tumbuk/gesek cili bersama belacan, tak perlu hancur sangat. Nak pakai food processor pun boleh.
2. Perah air limau kasturi, tambah garam dan perasa ikut selera. Akhir sekali masuk hirisan mangga. Kacau sebati.
**Mei guna mangga masak 1, muda 1 untuk balance masam manis.
2,330
15
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
23 Mei 2026, 00.19
๐ท Photo
IKAN SIAKAP KUKUS KICAP & BAWANG GORENG
Kena cuba tau! Memang sedap.
โข 1 ekor ikan siakap
โข 2 batang serai (ketuk)
โข 2 inci halia (hiris)
โข 5 ulas bawang putih + halia (cincang halus)
โข Cili api (hiris)
โข Daun bawang (hiris)
โข 1 biji jus limau nipis
โข 1 tbsp sos tiram
โข 2tbsp kicap manis
โข 2tbsp kicap cair
โข Bawang goreng
1. Masukkan serai & hirisan halia dalam perut ikan. Kukus hingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih & halia yang dicincang hingga keemasan. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan sos tiram, kicap manis, kicap cair, cili & jus limau nipis. Tambah sedikit air & kacau rata. Nak extra kuah boleh tambah air. Adjust rasa.
4. Buang air kukusan ikan. Letak ikan dalam pinggan, tuangkan sos kicap.
5. Tabur daun bawang, bawang goreng, bawang putih & halia goreng tadi. Siap!
3,320
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
23 Mei 2026, 00.19
๐ท Photo
KARI PERIA SUMBAT AYAM
โข Peria (potong bulat jadikan mcm cincin, buang isi tengah)
โข Isi dada ayam
โข 1 biji telur
โข 1 tsp serbuk lada putih
โข 2 ulas bawang putih (hiris halus)
โข 1 biji bawang besar (hiris halus)
โข 1 inci halia (hiris halus)
โข Serbuk kari daging
โข Daun kari
โข Santan
1. Cincang atau kisar hancur daging ayam. Gaulkan dengan telur, lada putih dan garam.
2. Sumbat isi ayam ke dalam gelung peria. (Boleh tengok gambar kat comment)
3. Kukus peria sumbat selama 5-7 minit supaya isi ayam melekat elok dengan peria & tak hancur tercabut masa masak kari. Dah masak, ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah, halia & daun kari hingga wangi.
5. Masukkan serbuk kari, tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air secukupnya. Lepas tu boleh masuk peria yang dah kukus tadi. Kacau & biarkan peria masak sempurna. Jangan lupa garam! Then dah boleh hidang. ๐
3,440
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
22 Apr 2026, 01.04
๐ท Photo
JAGUNG BAKAR BUTTER GARLIC ๐ฝ
Boleh buat snack atau side dish. ๐ Memang sedap, buat untuk anak pun okay. Asyik jagung susu je kan.
โข Jagung manis (rebus)
โข Salted butter
โข 3 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
โข Cili flakes
โข 1/2 biji limau nipis
1. Campurkan butter dengan bawang putih, cili flakes, bawang putih & perahan limau nipis.
2. Lumur rata pada jagung rebus. Bakar atas api perlahan sampai char. Sambil bakar tu boleh oles lagi campuran butter tadi. Siappp!
3,060
21
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
10 Apr 2026, 10.16
๐ท Photo
GULAI KAWAH DAGING
โข Daging & tulang (potong dadu)
โข 3 biji kentang (potong dadu)
โข 7 ulas bawang merah kecil (hiris halus)
โข Rempah 4 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
โข 1 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + 2 inci halia + 2 inci lengkuas (kisar)
โข 5 tbsp cili kering kisar (atau ikut pedas sendiri)
โข 3tbsp serbuk kari daging
โข Santan
โข 1tbsp kerisik
โข 1tbsp gula melaka
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan & bawang hiris sampai kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan cili kering. Tumis sampai air kering sikit.
3. Tambah serbuk kari dan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan air sikit & ulang 2-3 kali masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan daging & tulang. Kalau beli kat pasar boleh minta peniaga potongkan bentuk dadu, senang. Gaul sampai sebati rempah & masak sampai keluar air daging. Tambah air & masak lagi sampai daging lembut.
5. Tambah santan, ubi kentang diikuti dengan gula melaka, kerisik dan garam. Biarkan mendidih masak sampai kentang lembut. Siap!
2,710
Mei Masak ๐ฒ๐ฅ๐ง
10 Apr 2026, 10.16
๐ท Photo
SAMBAL TAUN KERANG
โข Isi kerang rebus
โข 1 genggam ikan bilis
โข Bawang merah kecil (hiris halus)
โข Bawang putih (hiris halus)
โข Lengkuas muda (hiris halus)
โข Halia muda (hiris halus)
โข Cili padi - ikut level pedas sendiri
โข Santan
โข 1 asam keping
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan hiris halus. Suka hiris halus biar semua dimakan dalam suapan. ๐
2. Masukkan ikan bilis, biar tumisan lama sikit.
3. Masuk isi kerang yang direbus, dan santan. Takde sukatan sebab masa sikit je. Santan ikut banyak mana kuah nak.
4. Tambahkan asam keping & garam. Perasakan ikut selera. Gaul dan biarkan sampai pekat sikit. Siappp
2,520
Showing 12 of 12 posts
No more posts
0
0
16
0
9
0
0
0
16
0
11
0
0
7
0
9
0
Belum ada ulasan. Jadilah yang pertama untuk membagikan pendapat Anda!