🚨 770 PATI Ditahan di Bukit Bintang
Seramai 770 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Belanja oleh Jabatan Imigresen Malaysia malam tadi di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
🔎 Butiran Tangkapan:
🇧🇩 Bangladesh: 377 lelaki
🇲🇲 Myanmar: 235 lelaki
🇮🇳 India: 58 lelaki
🇳🇵 Nepal: 72 lelaki
🇮🇩 Indonesia: 17 lelaki, 2 perempuan
🌍 Lain-lain: 3 lelaki, 6 perempuan
👮♂️ 2,445 individu diperiksa → 1,600 warga asing & 845 warganegara.
🕵️♂️ Ada yang cuba lari & bersembunyi, malah panjat bumbung – tetapi semua berjaya diberkas.
🎰 Turut diserbu: premis judi dalam talian, 8 warga asing ditahan.
➡️ Kes disiasat bawah Akta Imigresen 1959/63.
➡️ Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.