Todavía no hay reseñas. ¡Sea el primero en compartir su experiencia!
Últimas publicaciones
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
Cemburu Pada Perlakuan Maksiat
=====
1. Sifat cemburu bukan hanya dimiliki oleh wanita sahaja. Malah cemburu lelaki juga membawa kemudaratan. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Saidatina Asma sendiri. Al-Zubair, suami Asma dikatakan seorang yang kuat mempunyai sifat cemburu. Asma sering keluar masuk rumah untuk menguruskan keperluan rumah tangga mereka.
2. Satu hari ketika membawa bijian di atas kepada beliau, beliau terserempak dengan Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi. Rasulullah menawarkan kepada Asma untuk menaiki tunggangan Baginda. Asma menolak kerana teringatkan sifat cemburu suaminya. Kata Asma:
وذكَرْتُ الزُّبيرَ وغَيرتَه وكان أَغْيرَ النَّاسِ
“Dan aku teringat al-Zubair serta sifat cemburunya dan dia merupakan orang yang sangat cemburu.” (HR Muslim)
3. Di sini, kita dapat lihat bagaimana Asma bijak mengendalikan urusan rumahtangganya. Beliau berusaha mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan cemburu dan amarah suami beliau.
4. Cemburunya seorang lelaki boleh membawa kepada pertumpahan darah. Ini pernah diluahkan oleh Saidina Sa’d ibn Ubadah sendiri. Kata beliau:
لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ
“Kalau aku nampak lelaki lain bersama isteriku, aku akan penggal kepala lelaki tersebut.”
5. Itu adalah cemburu Saad, cemburu seorang manusia. Sedangkan Allah juga cemburu (tidak suka) kepada hambanya yang melakukan maksiat. Sabda Rasulullah:
أتَعجَبونَ مِن غَيرةِ سَعدٍ؟! واللهِ لَأنا أغيَرُ منه، واللهُ أغيَرُ مِنِّي، ومِن أجلِ غَيرةِ اللهِ حَرَّمَ الفَواحِشَ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ
“Adakah kamu merasa hairan terhadap kecemburuan Saad? Demi Allah, sesungguhnya aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripadaku. Dan kerana kecemburuan Allah itulah, Dia mengharamkan segala perbuatan keji, sama ada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi.”
Semoga Allah memelihara kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
4,470
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
📷 Photo
2,890
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
Menyesal di Penghujung Nyawa
=================
1. Allah mengingatkan kita di dalam al-Quran bahawa apabila tiba saat kematian, akan ada manusia yang memohon kepada Allah supaya diberikan peluang untuk kembali beribadah di dunia. Firman Allah:
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ
“Sehinggalah apabila datangnya kematian, dia berkata: Wahai Tuhanku, kembalikan aku ke dunia!” (al-Mukminun:99)
2. Sebahagian mufassir menyatakan bahawa ayat ini adalah berkenaan situasi orang kafir yang menyesal akan kemungkaran serta maksiat yang mereka lakukan di muka bumi ini. Naum secara umumnya, ayat ini turut mengingatkan keadaan muslim mahupun kafir yang berada di ambang kematian mereka. Sabda Rasulullah:
إذا حضر الإنسان الموت جمع كل شيء كان يمنعه من حقه بين يديه فعنده يقول رب ارجعون لعلي أعمل صالحا فيما تركت
“Ketika datangnya kematian kepada seseorang, akan datang terbayanglah semua perkara yang pernah dia tinggalkan (atau tidak lakukan sedangkan sepatutnya dia laksanakan). Maka ketika itu dia berkata: Wahai Tuhanku, kembalikan aku ke dunia agar aku boleh melakukan amal soleh yang pernah aku tinggalkan.”
3. Perhatikan apa yang telah diungkapkan oleh Abu Bakar ketika berada di ambang kematian beliau. Kata Abu Bakar kepada Aisyah:
قال لعائشة: "انظروا ثوبي هذين، فاغسلوهما وكفنوني فيهما، فإن الحي أولى بالجديد من الميت"
“Wahai Aisyah, perhatikan baju ini, bersihkanlah baju ini dan kafankanlah aku dengannya. Kerana pakaian yang baharu itu hanya sesuai untuk yang hidup (sedangkan aku di ambang kematian).
4. Abu Bakar orang yang paling banyak menyumbang untuk Islam. Segala hartanya disumbangkan untuk Islam sehingga di saat kematian, beliau hanya meminta dikafankan dengan pakaian yang sedia ada. Diminta dibasuhkan baju tersebut dan dikafankan dengannya sedangkan hartanya yang lain telah disumbangkan kepada Islam. Lihat bagaimana pengakhiran orang yang soleh, sehingga di saat kematian masih sempat memikirkan amalan kebajikan yang boleh dilakukannya.
5. Perhatikan pula bagaimana Saidina Umar memohon keampunan Allah di saat kematian beliau. Menurut riwayat, di saat kematian Umar, kepala beliau dipangku oleh anaknya iaitu Abdullah ibn Umar. Umar meminta anaknya supaya meletakkan pipinya ke tanah, merendah diri memohon keampunan dari Allah. Kata Umar kepada anaknya:
ضَعْ خَدِّي بِالأَرْضِ لا أُمَّ لَكَ , وَيْلِي وَوَيْلُ أُمِّي إِنْ لَمْ يَغْفِرِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
“Letakkan pipi aku ke tanah! Celakalah buat diriku dan ibuku sekiranya Allah tidak memberikan keampunan buatku!”
6. Disaat kematian ini, Umar masih sempat lagi memohon keampunan kepada Allah sedangkan beliau adalah antara sepuluh sahabat yang telah dijanjikan syurga.
7. Sahabat-sahabat yang telah dijanjikan syurga ini, di saat kematian mereka masih lagi utuh memikirkan sumbangan mereka untuk Islam bahkan memohon keampunan dari Allah. Mereka adalah watak utama yang berjuang untuk mempertahankan Islam. Namun di saat kematian, mereka turut bimbang dengan amalan mereka lalu mereka memohon keampunan dari Allah.
8. Lalu kita, apakah yang telah kita perjuangkan buat Islam. Apakah telah banyak istighfar yang telah kita mohon kepada Allah.
Muhasabah untuk diri sendiri. Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
Sensitif Dengan Dosa dan Maksiat
=========
1. Adalah menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila seorang mukmin sendiri sudah tidak sensitive lagi dengan perkara kemungkaran. Sehingga mereka merasakan melakonkan atau menyaksikan elemen berunsur dosa sebagai perkara yang tidak mengapa.
2. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ:
مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ
Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e)
3. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.
4. Seorang mukmin tidak seharusnya mengucapkan: “Biarlah, dosa masing-masing” atau “kubur masing-masing” kerana ungkapan ini seolah menggambarkan bahawa kita tidak peka atau sensitif dengan dosa dan larangan Allah.
5. Dengan sebab itu dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari)
6. Lalu bagaimana kita melihat dosa kita dan kemungkaran disekeliling kita? Apakah kita selesa dengan kemunculan elemen-elemen dosa yang dipersembahkan dalam industri lakonan tempatan? Atau apakah ini bekalan yang akan kita bawa bertemu dengan Allah nanti?
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
📷 Photo
4,510
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
📷 Photo
2,800
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
Kadang kita rasa… semua benda dalam hidup tengah diuji serentak.
Anak makin mencabar,
rezeki rasa sempit,
suami isteri makin jauh…
dan kita sendiri pun tak tahu nak mula dari mana.
Hakikatnya,
bila dunia di luar makin liar…
rumah lah benteng terakhir kita.
Kalau benteng ini tak dijaga,
apa lagi yang tinggal?
✨ Keluarga 360°: Benteng Terakhir
bukan sekadar seminar —
ini ruang untuk kita reset semula cara kita melihat keluarga, amanah, dan masa depan.
🗓 Ahad, 10 Mei 2026
📍 Bangi Convention Center
Tempat terhad.
Dan mungkin… ini turning point yang kita perlukan.
👉 Daftar sekarang:
http://ezy.la/Keluarga360
3,760
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
📷 Photo
4,230
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
📷 Photo
2,880
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
11 may 2026, 13:50
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.
2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)
3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)
4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri
========
1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”
2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:
"إِذَا سَرَّتكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنتَ مُؤمِنٌ"
“Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad)
3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:
إِنَّ المُؤمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَن يَقَعَ عَلَيهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنفِهِ
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.” (HR al-Bukhari).
4. Hadith sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:
والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس
“Dosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.” (HR Muslim).
5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang sukar difahami.
Moga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
📷 Photo
3,870
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗛𝗨𝗗𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔
Masjid al-Aqsa telah ditutup selama 40 hari baru-baru ini, yang merupakan tempoh paling lama sejak ia dijajah oleh rejim Israel pada 1967. Walaupun telah kembali dibuka, ancaman sebenar terhadapnya masih wujud dan semakin meningkat tanpa disedari.
Dunia Palestin membawakan pakar hal ehwal Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, Dr. Abdullah Maarouf yang merupakan Pengarah Pusat Kajian al-Quds di Universiti 29 Mei Istanbul dan juga bekas Pegawai Media dan Hubungan Awam Masjid al-Aqsa bagi mendedahkan secara terperinci ancaman dan projek yahudisasi terhadap Masjid al-Aqsa serta rancangan untuk merobohkannya.
Sertai webinar ini untuk meningkatkan ilmu kita dalam perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Tarikh: 18 April 2026 | Sabtu
Masa: 9.30 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet
*Penyampaian dalam Bahasa Inggeris
Pembentang:
𝗗𝗿. 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗮𝗿𝗼𝘂𝗳
- Pengarah Pusat Kajian al-Quds, Universiti 29 Mei Istanbul
- Bekas Pegawai Media dan Hubungan Awam Masjid al-Aqsa
Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: http://bit.ly/duniapalestin028
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
https://t.me/duniapalestin
4,990
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
Kerana Syurga Itu Mahal
===========
1. Terkadang kita selalu bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Sabda Rasulullah:
من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة
“Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga? (HR al-Tirmiz)
2. Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini adalah satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. (Tuhfah al-Ahwazi)
3. Para sahabat terdahulu berjuang bermatian bagi mencapai redha ilahi. Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:
إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ
“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).
4. Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus.
5. Ketika lalu dihadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasululullah sangat sebak. Baginda terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan dirinya semuanya untuk Islam. Baginda lalu membacakan ayat:
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
6. Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan redha Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
📷 Photo
4,060
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
“Kenapa ramai pasangan rasa jauh walaupun duduk serumah?”
Bukan sebab tak sayang.
Tapi sebab kita tak pernah belajar bina keluarga dengan betul.
Hari ini:
– Komunikasi makin lemah
– Anak makin mencabar
– Tekanan hidup makin kuat
👉 Bila dunia di luar makin liar,
rumah sepatutnya jadi benteng terakhir.
Tapi… benteng itu tak terbina sendiri.
💡 Dalam Seminar Keluarga 360°
anda akan belajar:
✔ Peranan sebenar suami & isteri
✔ Cara komunikasi & urus konflik
✔ Sistem rumah tangga yang stabil
✔ Cara bina keluarga yang ada barakah
👉 Bukan teori. Ini pengalaman sebenar.
📅 10 Mei 2026
📍 Masjid PNB
👉 Daftar sekarang:
http://ezy.la/keluarga360
📞 WhatsApp Admin:
+60 11-1145 7046
#keluarga360 #aktp #sofirru #bentengterakhir
4,550
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
📷 Photo
3,960
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
🚨 *LAST CALL! PENDAFTARAN AKAN DITUTUP BILA-BILA MASA!* 🚨
⏳ Kelas bermula ESOK!
Kalau anda masih bertangguh… ini peluang terakhir sebelum anda terlepas terus sesi pertama pengajian!
🔥 KENAPA PERLU DAFTAR SEKARANG?
❗ Anda akan ketinggalan dari awal jika tak masuk kelas pertama
❗ Slot semakin penuh – siapa cepat dia dapat
❗ Rugi besar kalau lepaskan peluang belajar dengan panel pensyarah berpengalaman
📅 TARIKH MULA:
🟢 PAKEJ A, C, E: 11 April 2026 (Sabtu)
🔵 PAKEJ B, D, F: 12 April 2026 (Ahad)
⏰ Jam 9:00 – 11:00 pagi (ONLINE – Google Meet + rakaman disediakan)
💥 APA ANDA AKAN DAPAT?
✔️ Pengajian tersusun (Al-Quran & Hadith)
✔️ Boleh ulang melalui rakaman
✔️ Jimat masa & kos (belajar dari rumah)
✔️ Silibus lengkap dari asas hingga lanjutan
💸 PROMO MASIH ADA – TAPI TAK LAMA!
🔥 1 Pakej: RM490 sahaja
🔥 2 Set Pakej: RM890 sahaja
👉 Boleh bayar ansuran
⚠️ REALITI:
Ramai yang nak belajar… tapi tunggu “masa sesuai”
Akhirnya? Tak mula-mula pun.
👉 Jangan jadi yang menyesal lepas kelas dah berjalan.
✅ DAFTAR SEKARANG (SEBELUM TERLAMBAT):
https://tinyurl.com/PENDAFTARANSPEQSAPR2026
📲 ADA MASALAH? TERUS WHATSAPP:
https://www.wasap.my/601129919471/NakTahuSPEQS
💬 Ini bukan sekadar kelas… ini peluang untuk upgrade ilmu agama anda secara sistematik.
🚀 BERTINDAK SEKARANG — ATAU TERLEPAS!
5,640
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
📷 Photo
4,120
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
25 abr 2026, 17:30
📷 Photo
4,960
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
📷 Photo
3,080
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
📷 Photo
4,410
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
Adab Bertamu ke Rumah Orang
=====
1. Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah:
a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah:
إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ
Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang. (HR al-Bukhari)
b. Memilih Waktu Yang Sesuai. Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi:
وينبغي أن تكون زيارته لهم على وجه لا يكرهونه، وفي وقت يرتضونه
dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya.. (al-Nawawi, Kitab al-Azkar)
c. Tidak Mengintai dan Menjaga Pandangan. Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا أَتَى بَابَ قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ، وَلَكِنْ مِنْ رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ، أَوِ الْأَيْسَرِ،
Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu.
d. Tidak Merosakkan Barang Tuan Rumah. Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau:
ولا تترك أولادها يعبثون في بيت صاحبتها، ويخربون في الزيارة.
Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu.
e. Malah anak-anak juga perlu dididik dengan adab dan akhlak yang mulia ketika menziarahi rumah sanak saudara, menjaga tutur kata serta memelihara budi pekerti.
Semoga Allah membimbing kita
Dr Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR0ySb7XbZ4uDTfsmybTQKvXPeX5ZWnjTq6Qbfkj8pMtNyb8XjPVpozgkkU_aem_EmEapq88o_9eBxuxpd1Fog
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:
1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:
وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ
“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)
1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:
إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ
“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)
2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:
أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ
“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)
3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”
4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى
Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.
5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.
6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
📷 Photo
4,870
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
Elakkan Unsur Maksiat Di Hari Raya
===========
1. Tidak salah untuk bergembira di hari raya. Menurut Ibn al-Arabi, dinamakan hari itu sebagai hari raya kerana manusia mengulangi kegembiraan mereka pada setiap tahun. Bererti hari raya adalah hari kita menzahirkan kegembiraan.
2. Ini selaras dengan sunnah Rasulullahﷺ. Berdasarkan riwayat dari Saidatina Aisyah, terdapat dua orang hamba perempuan menyanyi menzahirkan kegembiraan mereka pada hari raya. Perkara ini ditegur oleh Saidina Abu Bakar. Melihat insiden tersebut, Rasulullah ﷺ berkata kepada Abu Bakr: (Biarkan mereka, wahai Abu Bakr), Sesungguhnya setiap kaum mempunyai Hari Raya, dan ini adalah Hari Raya kita. Tindakan Rasulullahﷺ ini seolah membiarkan mereka menzahirkan kegembiraan mereka selagimana tiada unsur maksiat. (HR al-Bukhari dan Muslim)
3. al-Imam al-Bukhari turut meriwayatkan perbuatan Bani Arfidah (dari Habsyah) yang bermain (tarian) pedang pada Hari Raya bagi menzahirkan kegembiraan mereka. Perbuatan ini pada awalnya ditegur oleh Saidina Umar. Namun Rasulullah ﷺ membiarkan mereka dengan alasan yang sama iaitu menzahirkan kegembiraan pada hari Raya.
4. Ada satu point yang menarik di sini. Secara umumnya, Rasulullah ﷺ membiarkan mereka menzahirkan kegembiraan mereka kerana itulah hari bagi mereka meraikan kegembiraan setelah beribadah.
5. Namun bagi kumpulan yang mempunyai kefahaman yang lebih mendalam, reaksi mereka tidak begitu. Kita lihat bagaimana Abu Bakar dan Umar mempunyai reaksi yang berbeza apabila kegembiran itu hanya dizahirkan dengan nyanyian dan permainan.
6. Perkara yang sama berlaku kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Seorang lelaki telah masuk ke rumah Ali di hari Raya dan dia mendapati Ali makan roti yang telah keras pada hari tersebut. Lantas lelaki tersebut menegur Ali: Apakah engkau memakan roti keras pada Hari Raya ini? Saidina Ali lantas menjawab: “Hari Raya yang sebenar adalah hari apabila Allah menerima amalan kita. Dan setiap hari yang tidak kita lakukan maksiat adalah hari Raya buat kita!”
7. Justeru, adalah wajar bagi seorang Muslim menzahirkan kegembiraan mereka pada Hari Raya. Ia adalah perkara yang selaras dengan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah. Namun, perayaan kita bukanlah satu perayaan apabila tercemar dengan unsur-unsur maksiat. Benarlah kata Saidina Ali: “Setiap hari yang tidak kita lakukan maksiat adalah hari raya buat kita!”
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
📷 Photo
3,840
0
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
Salam Ramadan di *hari-hari terakhir Ramadan yang mulia menjelang hari lebaran Aidilfitri* 🤲🏼
Tuan puan yang dirahmati Allah,
*Marilah ambil kesempatan ini untuk sama-sama berinfaq untuk Dana Kasih Ramadan bagi kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah.*
*Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.*
Tekan link OnPay di bawah untuk infaq : https://pusatkomunitianjunghikmahhq.onpay.my/order/form/danakasihramadan1447h
Ikuti Kelas Ngaji kami di facebook : https://www.facebook.com/share/v/1KBywprrG3/
Lokasi Kelas : Nilai Perdana Negeri Sembilan; https://share.google/A7yn6IJwbQW2Ftowm
4,100
0
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
31 mar 2026, 16:29
Tips Istiqamah Selepas Ramadan
========
1. Ramadan telah meninggalkan kita. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.
2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah ﷺ seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya ialah:
3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .
Sabda Rasulullah ﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)
4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullah ﷺ dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis:
عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ
Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”
Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.
5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan solat sunat witir setelah isyak. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu “(1) Solat witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:
فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.
6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.
Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi