CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
https://vt.tiktok.com/ZS9FoWhk3/
5,040
0
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
📷 Photo
MyKad Generasi Baharu Dijangka Bermula Jun 2026
Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijangka akan memperkenalkan MyKad versi baharu bermula Jun 2026. Kad ini akan menggantikan MyKad lama yang telah digunakan sejak tahun 2012.
Ringkasan MyKad Baharu 2026:
1. Ciri Keselamatan & Teknologi
- Kod QR
Ini perubahan paling ketara. MyKad baharu akan ada kod QR di bahagian luar kad untuk semakan identiti yang lebih cepat dan selamat oleh pihak tertentu.
- Cip Lebih Canggih
Menggunakan cip dengan kapasiti simpanan lebih besar dan sistem keselamatan (enkripsi) yang lebih kuat bagi mengelakkan pemalsuan dan kebocoran data.
- Biometrik Lebih Maju
Akan dilengkapi dengan 10 ciri keselamatan cap jari, serta teknologi imbasan muka dan mata (iris) yang lebih tepat.
3,760
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
🎥 Video
Modes operandi scammer terkini!..
4,150
28
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
KENYATAAN MEDIA
Untuk Edaran
Tarikh: 22 April 2026
Kuala Lumpur
Dua Standard Perbelanjaan? Rakyat Disuruh Berjimat, Peruntukan Jutaan Ringgit Terus Diluluskan
Dalam keadaan kos sara hidup terus meningkat dan rakyat diminta berjimat cermat, timbul persoalan berhubung keutamaan perbelanjaan kerajaan apabila peruntukan sekitar RM2.5 juta diluluskan bagi program komuniti dan sambutan peringkat kebangsaan.
Perkara ini dilaporkan oleh media arus perdana, dan boleh dirujuk melalui pautan berikut:
https://www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1419305/govt-announces-rm25mil-aid-buddhist-groups-ahead-2026-wesak-day
Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukan bertujuan mempertikaikan mana-mana sambutan atau komuniti. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, dan setiap perayaan wajar dihormati.
Namun, dalam keadaan rakyat sedang berdepan tekanan kewangan yang semakin mencabar, isu keutamaan perbelanjaan negara tidak boleh dipandang ringan. Hari ini, ramai rakyat terpaksa mengikat perut, mengurangkan perbelanjaan asas, dan menangguhkan keperluan keluarga demi kelangsungan hidup.
Sehubungan itu, adalah tidak wajar wujud persepsi dua standard di mana rakyat diseru untuk berjimat, tetapi pada masa yang sama perbelanjaan jutaan ringgit masih diluluskan tanpa penjelasan keutamaan yang benar-benar meyakinkan kepada rakyat.
Setiap ringgit wang negara adalah wang rakyat. Maka, dalam situasi ekonomi semasa, setiap keputusan perbelanjaan perlu lebih telus, berhemah dan berfokus kepada keperluan mendesak rakyat.
Kami berpandangan bahawa kerajaan perlu memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai rasional peruntukan ini, serta memastikan keutamaan diberikan kepada bantuan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Jika rakyat diminta berjimat, maka prinsip yang sama harus dipraktikkan secara konsisten oleh semua pihak, termasuk dalam pengurusan perbelanjaan negara.
3 POIN UTAMA UNTUK RUJUKAN MEDIA:-
1. Rakyat diminta berjimat dalam keadaan kos sara hidup meningkat, namun peruntukan sekitar RM2.5 juta tetap diluluskan — menimbulkan persoalan keutamaan perbelanjaan negara.
2. Kenyataan ini bukan mempertikaikan mana-mana sambutan atau komuniti, tetapi menuntut ketelusan dan keseimbangan dalam penggunaan wang rakyat.
3. Kerajaan digesa menjelaskan rasional peruntukan serta memastikan keutamaan diberikan kepada keperluan mendesak rakyat.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
— Tamat —
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
https://www.mediatelus.com//detail/15412
3,580
22
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
Sy terima msg dr pencarum👇👇
"Weiiii azmi k ni xhabis2 mendesak kwsp! Tgk pencarum lain rata2 ramai dh move dan xde nk mendesak tp ko xhenti2 x penat ke? Sudah2 la xkan dpt hgga air mata darah!"
Ini jawapan balas sy:
Terima kasih atas pandangan.
Setiap orang ada pilihan masing-masing — ada yang memilih untuk “move on”, dan ada juga yang masih berdepan kesukaran kewangan.
Peranan kami adalah untuk memastikan suara golongan yang masih terkesan ini terus dibawa ke perhatian pembuat dasar.
Ini bukan soal tidak penat, tetapi soal tanggungjawab.
4,170
80
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 26, 2026, 02:22 AM
KENYATAAN MEDIA
Untuk Edaran
Ahad 19 April 2026
“Lebih 24,000 Hilang Kerja, PGIRM: Bantuan Tidak Memadai Tanpa Pengeluaran KWSP Bersasar”
KUALA LUMPUR,
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa tekanan kos sara hidup yang berterusan, ditambah dengan ketidaktentuan ekonomi global, kini memberi kesan semakin ketara kepada rakyat Malaysia.
Situasi ini turut diburukkan dengan perkembangan pasaran pekerjaan apabila lebih 24,000 pekerja dilaporkan diberhentikan kerja, sekali gus mencerminkan tekanan ekonomi yang semakin meruncing dan bukan lagi bersifat sementara.
PGIRM mengambil maklum langkah kerajaan untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat serta cadangan pemotongan gaji menteri kabinet. Namun, persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah sama ada pendekatan bantuan semata-mata mencukupi untuk menangani realiti tekanan kewangan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.
“Bantuan boleh memberi kelegaan jangka pendek, tetapi ia tidak menyelesaikan isu kecairan sebenar yang dihadapi oleh sebahagian besar pencarum,” kata Azmi Presiden PGIRM.
Menurut beliau, ramai pencarum kini berdepan kekangan kewangan yang serius, terutama dalam mengurus komitmen harian seperti kos sara hidup, hutang dan keperluan asas.
Sehubungan itu, PGIRM mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP secara bersasar dan berperingkat, dengan cadangan minimum seperti RM10,000 dan keatas subjek kepada baki terkini sedia ada, khusus kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.
Langkah ini, menurut PGIRM, bukan sahaja membantu rakyat dari sudut kecairan kewangan, malah berpotensi merangsang perbelanjaan domestik serta menyokong pemulihan ekonomi negara melalui aktiviti ekonomi dalaman.
Dalam masa yang sama, PGIRM menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan perlu disertai dengan garis panduan yang jelas bagi memastikan keseimbangan antara keperluan semasa dan keselamatan simpanan jangka panjang pencarum.
“Ini bukan soal populisme. Ini soal kelangsungan hidup rakyat.”
PGIRM turut menegaskan komitmennya untuk terus membawa suara pencarum ke peringkat pembuat dasar agar pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan dalam menangani cabaran ekonomi semasa.
Sekian.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 11, 2026, 12:01 AM
Hari Pencarum KWSP — Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan 🔥
⚠️ Jangan tunggu saat akhir — pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNE3j73qU_SqA0EJGNG-OcFlwRFqwRpNxZpuBVcZpTDtnSSg/viewform?usp=publish-editor
3,500
45
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 11, 2026, 12:01 AM
🔴 KENYATAAN PENJELASAN RASMI PGIRM
Saya menerima banyak pertanyaan dan mendapati terdapat dalam kalangan pencarum yang salah anggap berhubung program “Hari Pencarum KWSP Bersama YB DS Shahidan Kassim di Parlimen”.
Justeru, ingin ditegaskan bahawa program ini adalah bukan satu himpunan, bukan solidariti jalanan dan bukan demonstrasi, sebaliknya merupakan perjumpaan rasmi di dalam Parlimen bersama YB DS Shahidan Kassim bagi tujuan menyampaikan suara pencarum serta mengadakan perbincangan secara berstruktur dan berfakta.
Sebarang penyebaran yang menggambarkan program ini sebagai “himpunan” adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan salah faham, malah berpotensi menjejaskan kelancaran urusan rasmi yang sedang diatur.
PGIRM kekal dengan pendekatan berprinsip, berfakta dan melalui saluran sah, selaras dengan matlamat membawa isu pencarum ke peringkat pembuat dasar.
Ini bukan himpunan.
Ini bukan solidariti jalanan.
Ini adalah suara pencarum yang dibawa terus ke dalam Parlimen secara rasmi, berprinsip dan berfakta.
Sekian, terima kasih.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
2,910
68
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 11, 2026, 12:01 AM
https://vt.tiktok.com/ZSHtNj8H2/
3,590
0
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
May 11, 2026, 12:01 AM
📷 Photo
Info Terkini.
Utk makluman semua ini info terkini dari Pihak KWSP 17hb April 2026
Sekian,terima kasih.
https://share.google/nG6R5bdHeFkuFTU14
#fyppppppppppppppppppppppp #bersasarmasihrelevan #StopskimpencenKWSP #Pengeluaranakaun1
3,290
25
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
📷 Photo
KRISIS DUNIA SEMAKIN DEKAT. RAKYAT MASIH DISURUH TUNGGU.
Bila harga minyak dunia naik,
bila kos hidup menekan,
bila rakyat mula sesak nafas
JANGAN SURUH RAKYAT DIAM.
Ini bukan soal manja.
Ini soal bertahan hidup.
Jika benar dunia menuju ketidaktentuan,
jika benar krisis global makin hampir
KENAPA RAKYAT TAK BOLEH AKSES DUIT MEREKA SENDIRI SECARA TERHAD?
Kami tidak minta semua.
Kami tidak minta bebas.
Kami minta:
➡️ Bersasar
➡️ Berperingkat
➡️ Berstrategik
Kerana yang terhimpit bukan angka atas kertas.
Yang terhimpit adalah rakyat sebenar.
Jangan tunggu rakyat jatuh dulu baru mahu bertindak.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
2,280
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
📷 Photo
PERKEMBANGAN TERKINI
Untuk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia saya telah menerima panggilan rasmi daripada pihak berkaitan untuk menghadiri satu sesi mesyuarat bagi membincangkan isu tuntutan pencarum KWSP.
Ini menunjukkan bahawa suara pencarum kini telah sampai ke peringkat perbincangan yang lebih serius.
Namun begitu, buat masa ini saya masih berada di wad hospital dan belum dibenarkan keluar. Sehubungan itu, saya telah memohon agar sesi mesyuarat ini dapat dijadualkan semula dalam masa terdekat.
Saya ingin tegaskan saya komited untuk hadir sendiri dalam sesi ini bagi memastikan suara pencarum dibawa secara terus, jelas dan berprinsip.
Buat masa ini, saya tidak akan mendedahkan butiran lanjut berhubung pihak yang terlibat bagi menjaga kelancaran proses perbincangan yang sedang diatur.
Perjuangan ini tidak akan terhenti.
Sebarang perkembangan lanjut akan saya maklumkan dari semasa ke semasa.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
2,470
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
Pengumuman..
Selepas sy membaca komen2 dan sy trigger ttg penyakit,kwsp ada senaraikan 24jenis penyakit kritikal dan mana2 ahlinya yg terlibat tanpa mengira usia boleh memohon pengeluaran hilang upaya,pergi ke kaunter dan minta borang pengeluaran hilang upaya. 1set utk pencarum isi dan 1set lg utk doktor yg merawat isi kemudian serahkan borang yg tlh diisi kpd pgw kwsp dikaunter dan mklm dgn pgw hospital mana nk pergi dan dptkan tarikh utk temujanji dgn panel doktor kwsp,selesai dlm tempoh seminggu dpt keputusan samada melalui email atau sms dan jika keputusan berjaya dlm ms 3hr selepas terima email atau sms,shbt akn terima sms atau email duit masuk kesemua yg ada dlm simpanan.
Sekian,harap maklum
2,740
24
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
🎥 Video
#ulang siar...
2,810
11
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
📷 Photo
Nk jwb apa komen mohd faizal ni?👆👆dia faham x status sy atau blur2? Baik sy jwb dgn bahasa paling mudah faham oleh semua peringkat termasuk bdk2 darjah 6 boleh faham.
Apa yg cuba sy sampaikan mmg benar kwsp ada data lengkap berapa yg punyai simpanan akaun 1 <100,000 dan >100,000 cumanya dlm data kwsp tiada nyatakan berapa jumlah pencarum yg benar2 terdesak yg memerlukan jd x boleh guna data kwsp sbg penanda aras pencarum terdesak! Itu sbb sy perlukan data dr pencarum sendiri yg terdesak kongsi info dan bg yg tidak terdesak mrk x akan layan permintaan ini kerana mrk tidak memerlukan sbb makan minum masih cukup atas meja..
Sekian,terima kasih.
3,950
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
Perkembangan Terkini..
Dari sumber yg dipercayai PMX sudah membuat keputusan dan ketetapan bhw tidak akn ada PRU dlm ms terdekat dan ia hny akan berlaku pd Feb 2028,muktamad.
-Sumber
Sekian,harap maklum.
3,270
41
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
https://vt.tiktok.com/ZSHynE2GY/
2,490
4
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
[poll]
3,460
71
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
📷 Photo
Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Malaysia,utk makluman semua..
2,990
82
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 14, 2026, 12:04 AM
📷 Photo
Sy terima byk msg slps membuat pengumuman pintu rundingan telah ditutup dan kebanyakkan mrk katakan ia hny rekaan cerita yg dibuat oleh sy dan mrk x percaya kerajaan tutup pintu rundingan,persoalan utk apa sy reka cerita jika benar x tutup mengapa perlu usaha hingga 5thn lamanya?
Masalah skg bukan tiada usaha,bermacam2 cara sudah digunakan dan akhirnya Kerajaan telah buat keputusan muktamad tiada lg perbincangan.
Sekian,terima kasih..
3,360
61
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 2, 2026, 04:20 PM
Sahabat-sahabat pencarum, mari kita berganding bahu dan beri komen di post ini! Setiap komen anda amat bermakna. 🙌
https://vt.tiktok.com/
/ZSuPpg6mY/
*KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan - PGIRM*
2,440
30
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 2, 2026, 04:20 PM
📷 Photo
📢 REALITI RAKYAT – KOS HIDUP SEMAKIN BERAT
Kerajaan perlu tahu: angka rasmi inflasi 1.6% pada Januari 2026 tidak mencerminkan apa yang rakyat rasa. Tekanan sebenar datang dari kenaikan kos hidup yang nyata setiap hari.
💡 Fakta penting:
Harga makanan sejak 2020 naik hampir 18%, gaji hanya naik ±8%.
Makanan popular rakyat seperti roti canai, nasi lemak, ayam naik 70–110% dalam 10–13 tahun.
Makan di restoran/warung naik lebih cepat, sekitar 3% setahun.
📌 Apa maksudnya?
Rakyat terpaksa belanja lebih setiap hari.
Kuasa beli semakin terhakis.
Statistik rasmi tidak menggambarkan tekanan sebenar rakyat.
⚠️ Kesimpulan:
Kerajaan perlu ambil tindakan segera & bersasar:
👉 Penstabilan harga barangan asas
👉 Bantuan kos sara hidup yang lebih efektif
👉 Strategi jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban
Rakyat perlu didengar. Fakta perlu diambil serius. Ini bukan sekadar angka statistik – ini realiti kehidupan rakyat Malaysia.
Sekian,terima kasih.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 2, 2026, 04:20 PM
Assalamuakaikum semua pencarum, jom kita sama-sama komen di post ni untuk tunjukkan sokongan! 💪✍️
https://www.facebook.com/share/p/1aMmfectiq/
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan hak pencarum sepenuhnya dan bukannya bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak.
#SabahNews
Layari: https://sabahnews.com.my/kwsp-hak-pencarum-bukan-bantuan-kerajaan-pgirm/
3,190
28
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 2, 2026, 04:20 PM
Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai suara pencarum KWSP.
Isu ini bukan soal politik.
Ini soal kehidupan rakyat yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi.
PGIRM akan terus menyuarakan kebimbangan pencarum agar dasar yang dibuat benar-benar mengambil kira realiti rakyat.
https://www.mediatelus.com//detail/14645
2,260
55
0
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
Apr 2, 2026, 04:20 PM
📷 Photo
SUARA PENCARUM SUDAH SAMPAI KE MEDIA.
Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai kebimbangan dan suara pencarum KWSP.
Ini membuktikan satu perkara — isu yang dibangkitkan bukan sekadar suara kecil di media sosial, tetapi realiti yang sedang dirasai oleh ramai rakyat ketika ini.
Ramai pencarum sedang bergelut dengan kos sara hidup, tekanan hutang dan ketidaktentuan ekonomi.
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, setiap keputusan dasar yang melibatkan simpanan rakyat perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat.
PGIRM akan terus menyuarakan pandangan dan kebimbangan pencarum agar suara mereka tidak dipinggirkan.
Ini bukan soal politik.
Ini soal kehidupan rakyat.