Perasan tak, masa hari raya baru-baru ini.
Kita mudah terikut dan teringat kepada lagu-lagu trend hari raya di Tiktok, IG dan sebagainya. Ataupun mana-mana lagu trend di Tiktok. Terus melekat di kepala kita.
Sebab ia sering berulang dan sering dibudayakan.
Swipe, lagu raya. Swipe lagi, lagu raya lagi. Swipe, lagu trend. Swipe, trend lagi.
Terkadang kita tidak hafal pun, tidak cari pun liriknya, tapi teringat secara automatik.
Pernah tak benda ni terjadi?
Sebab perkara yang diulang, akan mudah menetap dalam minda kita.
Jadi, sangat baik jika kita menetapkan al-Quran di minda dan di hati kita, kita sering dengar al-Quran.
Apabila dengar sentiasa, selalu bergaul dengan orang yang bercerita dan berkongsi tentang al-Quran, minda kita mudah menangkap manfaatnya.
Ini kaedah yang ulama' sebutkan:
ุฅุฐุง ุชูุฑุฑ ุชูุฑุฑ
"Apabila diulang-ulang, ia akan menetap"
Sama sahaja konsepnya dengan iklan di radio atau TV.
Terkadang kita rasa jengkel dengan iklan itu. Benci, bahkan. Tapi tetap juga apabila 'trending', kita jadi ingat tanpa kita usahakan untuk menghafal.
Kerana ia sering diulang siar. RAmai orang share, orang repost dan seumpamanya.
Maka, jika al-Quran dijadikan bahan untuk kita selalu repost, share, maka juga berpotensi menjadi bahan yang menetap di minda.
Tidak salah kita mencuba bukan?
Mulai sekarang, cuba gantikan serba sedikit lagu, muzik dengan al-Quran.
Banyakkan dengar al-Quran sambil fokus.
Insya Allah, walaupun mungkin kita tidak ingat dengan ayat-ayatnya, tetapi akan menambah minat kita terhadap al-Quran.
Dengar, sudah dapat pahala.
Moga bermanfaat.
#MotivasiQuran