β Blurbs :
Rayyan Aydan bukanlah pelajar yang menonjol di sekolahnya. Dia seorang yang biasa-biasa saja, dengan dunia kecilnya yang dipenuhi buku, kelas, dan gurauan bersama kawan-kawan. Namun, semuanya berubah apabila matanya secara tak sengaja bertemu dengan senyuman seorang gadis, Elliana Sofea.
Elliana, gadis sederhana dengan aura lembut, tidak pernah tahu bahawa sejak hari itu, dia menjadi rahsia terbesar dalam hati Rayyan. Senyuman Elliana, cara dia menunduk ketika menulis nota, bahkan suara lembutnya ketika menjawab soalan guru semuanya cukup untuk membuatkan Rayyan tidak tenang.
Dalam setiap hela nafas, Rayyan mula belajar tentang perasaan yang sukar digambarkan perasaan suka yang diam-diam tumbuh, malu-malu, tapi indah. Dari pandangan curi-curi, moment kecil di kelas, hingga perbualan ringkas yang kadang-kadang terselit dalam bahasa Inggeris, semuanya menjadi episod yang membuat Rayyan semakin hanyut dalam "blushing era"-nya sendiri.
Namun, Rayyan tidak pernah berani melangkah lebih jauh. Baginya, menyimpan rasa itu sudah cukup indah, kerana tidak semua cinta perlu diluahkan. Kadang-kadang, menikmati setiap detik kecil, senyum yang tak disengajakan, dan rahsia yang hanya hati sendiri tahu itulah kebahagiaan sebenar.
"This story isn't about a perfect love... it's about the little moments that make our hearts race, the smiles we keep, and the secrets that live only between us and the pages we write."
Di sekolah, di tengah-tengah rutin yang membosankan, Rayyan menemui sesuatu yang paling bernilai perasaan yang membuatkan setiap hari terasa luar biasa. Dan di antara senyum serta rahsia itu, dia belajar bahawa cinta pertama tidak semestinya dimiliki... cukup untuk dirasai.
πβ© #malaystory .
πβ© #promoted .
Κ Ι