Taktik paling senang nak buat anak bawah 6 tahun faham kekuatan Allah, kaitkan dengan apa yang dia boleh nampak. Paling dekat, anggota badan dialah. Contoh๐
1. Mata
โ
" Allah yang buat mata, bayangkan kalau Mata kita asyik terbuka je, mesti berair dan kita tak selesa,"
2. Jari tangan
โ
" Allah yang buat jari , tak sama panjang. Allah tu Maha Bijak. Kalau buat jari sama panjang, macam mana nak makan nasi kan ? "
3. Telinga
โ
" Allah yang buat telinga, hebatnya penciptaan telinga. Masa kita tidur, telinga kita tetap boleh dengar tau, sebab tu kita boleh terkejut kalau dengar bunyi,"
4. Mulut dan Gigi
โ
" Allah cipta mulut, tempat makanan masuk, boleh bercakap, ada Gigi, kalau takde Gigi, mesti sakit gusi kita nak kunyah makanan ".
5. Kuku
โ
" Allah cipta kuku ,akan panjang walau kita potong . Jadi, kena selalu potong , tapi hebatnya Allah , kita potong kuku Kan, tak sakit pun . Kalau kulit kita kena pisau sakit Kan, tapi kuku kita tak sakit pun..."
Bercakap pasal anggota badan sahaja,
Banyak sangat boleh cerita pada anak.
Macam dalam buku Allah buat Anggota Badan ni, banyak diceritakan tentang anggota badan.
Sesekali tunjuk video tentang anatomi manusia.
Pasti mereka rasa lagi wah..
Guna buku ,guna video,
Gunakan semua cara untuk bercerita tentang kekuasaan Allah.
Itu tanggungjawab utama kita sebagai ibu bapa.
Menghasilkan cinta dan kenal dalam hati anak terhadap Rabnya, Allah Azza wajalla. โค๏ธ
#catatanparentingsyakira