[TAKLIMAT PERMOHONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA (AKSIS) 2024/2025]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dimaklumkan bahawa, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM telah membuka pencalonan Anugerah Kecemerlangan Siswa 2024/2025 (AKSISβ 24/25). Penilaian meliputi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang Sesi Akademik 2024/2025 (1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025) sahaja.
Rentetan itu, pihak urus setia AKSIS 24/25 akan mengadakan satu taklimat bagi membantu serta berkongsi pengalaman dan tatacara bagi pencalonan AKSIS 2024/2025. Berikut merupakan butiran taklimat:
Tarikh: *24 April 2026 (Jumaat)*
Masa: *8.00 Malam hingga 10 Malam*
Platfom: *Google Meet* ( https://meet.google.com/rid-zsub-pbn)
Panel: *Saudara Najmi Adli Mustaffa, Penerima Anugerah Tokoh Seni Warisan Siswa, Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), KPT*
Semoga taklimat ini dapat membantu calon-calon untuk mengisi, menyediakan dan merancang strategi sebaiknya.
Disediakan oleh:
_Seksyen Kepimpinan_
_Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar_
_Pusat Hal Ehwal Pelajar_
_Universiti Sains Islam Malaysia_
BIG INDUSTRIES. BIG OFFERS.
Top GLCs and MNCs are bringing real opportunities across multiple industries at MYFutureJobs Premium Carnival 2026.
From manufacturing to finance, healthcare to services, this is where serious career moves happen.
Be seen. Be chosen. Get hired.
π Kuala Lumpur Convention Centre
π 25β26 April 2026
β° 9.00 AM β 4.00 PM
FB - https://www.facebook.com/share/p/1bYdhooqdi/
IG - https://www.instagram.com/p/DXTTNkYicq2/?igsh=aHFrZG9rczYxbGgz
LINKEDIN - https://www.linkedin.com/posts/myfuturejobs-premiumcarnival2026-nowhiring-ugcPost-7451548880728514560-RMjO?utm_source=social_share_send&utm_medium=android_app&rcm=ACoAACR5xHsB1bsf1AO4vweTIMTdW7DpZDPRPI4&utm_campaign=copy_link
Register now:
https://myfuturejobs.gov.my/event/premium-carnival-2026-klcc/
#MYFutureJobs #PremiumCarnival2026 #NowHiring #CareerOpportunities #FYP
[HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA 2024/2025]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dimaklumkan bahawa, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM telah membuka pencalonan Anugerah Kecemerlangan Siswa 2024/2025 (AKSISβ 24/25). Penilaian meliputi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang Sesi Akademik 2024/2025 (1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025) sahaja.
Sebanyak 1 anugerah sinergi (berkumpulan), 11 anugerah mengikut kategori individu dan 1 anugerah utama akan dipertandingankan mengikut ketetapan seperti berikut:
* Anugerah Utama: Tokoh AKSIS
* Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa
* Anugerah Tokoh Seni dan Warisan Siswa
* Anugerah Tokoh Usahawan Siswa
* Anugerah Tokoh Sukan dan Rekreasi Siswa
* Anugerah Tokoh Wira Bicara Siswa
* Anugerah Tokoh Daya Usaha Inovasi Siswa
* Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa
* Anugerah Tokoh Komuniti Siswa
* Anugerah Tokoh Inklusif Siswa
* Anugerah Tokoh Perpaduan Siswa
* Anugerah Tokoh Kelestarian
* Anugerah Sinergi Kepimpinan Siswa (Berkumpulan)
Selain itu, sejumlah 2 penghargaan khas dibuka untuk pencalonan seperti butiran berikut:
* Penghargaan Khas (Individu)
* Penghargaan Khas (Pasukan)
Capaian bagi borang permohonan hendaklah diimbas melalui QR yang dilampirkan. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengisian permohonan yang tepat bagi kategori yang dipohon. Borang pencalonan yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua PTJ/ Timbalan Dekan (HEPA)/ Pengetua Kolej Kediaman/ Penasihat Badan Pelajar hendaklah dihantar secara dalam talian selewat-lewatnya pada 27 April 2026 (Isnin) jam 5.00 petang.
Hebahan penuh AKSIS 2024/2025 (syarat/ maklumat dll) boleh klik pada pautan di bawah:
https://raudahusim-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/ahmadsuhail_usim_edu_my/IgATADpU7eRQTLZDcKohdubvAeO8OK4__d4Q_ZhBUxqL6fA?e=mREZSK
Disediakan oleh :
Seksyen Kepimpinan
Bahagian Pembangunan & Kebajikan
Pusat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
ππππππππππ πππππ πππππππ πππ.π/ππππ
β¨ Sukacita dimaklumkan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM akan membuka Permohonan Zakat Pelajar bagi Bil. 1/2026. Pelajar yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui Portal iStudent.
π» Pautan iStudent: https://ads.usim.edu.my/
(Pilih Portal iStudent mengikut peringkat pengajian Undergraduate atau Tamhidi)
π°οΈ Tempoh permohonan: ππ πππππ ππππ (ππ.ππ ππππ) β ππ πππππ ππππ (π.ππ ππππππ)
β PERHATIAN β
Sila membaca manual permohonan di Portal iStudent sebelum mengisi permohonan.
β Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Urusetia PWZ (Pengurusan Zakat):
βοΈ [email protected]
βοΈ Cik Hakimah: 06-798 0242
βοΈ Pn. Maznida: 06-798 0244
βΌοΈπΉ LIVE NOW πΉβΌοΈ
π«TRAUMA: LUKA DALAM DIAM π«
Disampaikan oleh:
Dr. Nurazah Ismail
Pakar Psikiatri,
Pensyarah Perubatan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
FB LIVE
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING USIM:
https://www.facebook.com/share/v/16eb9GAb1Q/
TRAUMA: LUKA DALAM DIAM π€β¨
"Tidak semua luka terlihat oleh mata, ada yang tersembunyi jauh di sudut jiwa."
Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM dengan tulus ikhlas menjemput anda semua untuk menyelami kupasan eksklusif mengenai kesihatan mental dalam sesi ceramah dalam talian: βTrauma: Luka Dalam Diamβ.
Trauma sering kali menjadi 'parut' yang tidak kelihatan, namun kesannya sangat mendalam terhadap emosi dan fikiran. Mari bersama-sama kita belajar memahami, mengurus, dan menyembuhkan luka yang tersembunyi ini demi kesejahteraan diri yang lebih baik.
π Tarikh: 15 April 2026 (Rabu)
π Masa: 8.30 pmβ 10.30 pm
π Platform: FB Live Bahagian Psikologi & Kaunseling (BPsik)
πTullabiyah direkodkan π
π Penceramah:
Dr. Nurazah binti Ismail
Pensyarah Perubatan & Pakar Psikiatri
Link pendaftaran π:
https://l1nk.dev/3vmbgyv
Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi langkah awal untuk kita lebih peka terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling.
Ikhlas daripada,
Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM
#PRU_USIM
#Bpsik_USIM
#KeluargaPru
#USIMmyPEERS
#OncePruAlwaysPru
Peringatan Mesra.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mohon kerjasama semua pelajar untuk mengemaskini maklumat waris dan pendapatan isi rumah keluarga di portal iStudent masing-masing bermula pada minggu ini sehingga tarikh akhir adalah pada 8 April 2026 (Rabu).
Perkara ini amatlah penting terutamanya dalam memastikan pelajar berkeperluan golongan B40/Asnaf tidak tercicir daripada bantuan-bantuan khas yang diperuntukkan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Peringatan Mesra.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mohon kerjasama semua pelajar untuk mengemaskini maklumat waris dan pendapatan isi rumah keluarga di portal iStudent masing-masing bermula pada minggu ini sehingga tarikh akhir adalah pada 8 April 2026 (Rabu).
Perkara ini amatlah penting terutamanya dalam memastikan pelajar berkeperluan golongan B40/Asnaf tidak tercicir daripada bantuan-bantuan khas yang diperuntukkan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Assalamualaikum, perhatian kepada semua pelajar Tajaan JPA.
Mohon pelajar yang masih belum mendaftar Semester II (A252) untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada 8 April 2026 (Rabu) sebelum jam 11.00 pagi.
Status pendaftaran semasa semua pelajar akan dihantar kepada pihak JPA pada jam 12.00 tengahari tersebut.
Justeru, pelajar yang masih belum mendaftar semester sehingga jam 11.00 pagi pada 8 April 2026, akan menyebabkan pembayaran daripada JPA tidak dapat dilakukan/ ditangguhkan pada semester ini.
Mohon kerjasama dan perhatian semua pelajar tajaan JPA. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
π Halal @ USIM Fun Run 2026π
π£ Pendaftaran kini dibuka:
π Daftar sekarang : https://bit.ly/halalrun26
π Maklumat Acara :
β’ Tarikh : 9 Mei 2026 (sabtu)
β’ Masa : 7:00 Pagi β 11:00 Pagi
β’ β Tempat : Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM
β’ Kategori : 5KM
π°Yuran :
- Pakej A: RM 45.00 ( T-Shirt Lengan Pendek, Drawstring Beg, Bib, Medal dan E-Sijil)
- Pakej B: RM 50.00 ( T-Shirt Lengan Panjang, Drawstring Beg, Bib, Medal dan E-Sijil)
- Pakej C: RM 55.00 ( T-Shirt Muslimah, Drawstring Beg, Bib, Medal dan E-Sijil)
- Pakej D: RM 35.00 ( T-shirt Kanak- Kanak, Drawstring Beg, Bib, Medal dan E-Sijil)
Pakej Istimewa:
- Pakej E (Dewasa) : RM 10.00 ( Bib dan E-Sijil)
- β Pakej F (Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun : RM 5.00 ( Bib dan E-Sijil)
π½ Apa yang anda dapat?:
β’ T- Shirt
β’ Medal
β’ Bib
β’ Drawstring Bag
β’ E-Sijil
π Cabutan bertuah menarik menanti anda
π Hadiah istimewa bagi penampilan terbaik
π± Kekal berhubung untuk maklumat terkini:
011-17936682 (En. Aswadi)
019-7552524 (En. Fazhi)
Follow kami:
β’ Facebook: IFFAH USIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mohon kerjasama semua pelajar untuk mengemaskini maklumat waris dan pendapatan isi rumah keluarga di portal iStudent masing-masing bermula pada minggu ini sehingga tarikh akhir adalah pada 8 April 2026 (Rabu).
Perkara ini amatlah penting terutamanya dalam memastikan pelajar berkeperluan golongan B40/Asnaf tidak tercicir daripada bantuan-bantuan khas yang diperuntukkan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
π Lindungi Diri, Elak Jadi Mangsa!
βοΈ Jangan sesekali kongsi maklumat akaun bank anda.
βοΈ Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika anda diugut atau diperdaya.
βοΈ Berhati-hati dengan tawaran yang nampak terlalu indah untuk dipercayai.
#SayNoToScammers #LindungiDiriAnda #AkaunKeldaiAdalahJenayah
π« Jangan jadi mangsa scam!
π Jangan kongsi maklumat bank.
π Jangan mudah percaya tawaran βterlalu bagusβ.
π Laporkan segera jika ditipu atau diugut.
#SayNoToScammers #LindungiDiriAnda #AkaunKeldaiAdalahJenayah
Bersama-sama ini disertakan statistik peratusan pelajar Tahun Akhir yang telah membuka akaun ASNB sehingga 9 Mac 2026.
Mohon semua pelajar-pelajar Tahun Akhir untuk tindakan segera selewat-lewatnya pada 24 Mac 2026.
Sekian, terima kasih.
SUBSIDI FLYSISWA DIPERLUAS, 50,000 PELAJAR BAKAL NIKMATI BANTUAN TIKET RM400
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas peluasan inisiatif FLYsiswa yang menyediakan subsidi tiket penerbangan RM400 kepada pelajar IPT bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. βοΈπ
Inisiatif yang dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 pelajar pada tahun 2026 ini mencerminkan nilai teras Malaysia MADANI, khususnya Ihsan, dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian serta membantu meringankan kos perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman atau kembali ke kampus.
Terima kasih YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#MalaysiaMADANI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Untuk makluman dan perhatian semua pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda USIM. Statistik pelajar yang telah membuka akaun pada hari ini setakat jam 9 pagi baru mencapai 5.14%.
Manakala, 96% pembukaan akaun pelajar Tahun 1 telah dicapai semasa pendaftaran pelajar baharu pada Oktober 2025. Namun, masih ada berbaki 4% pelajar Tahun 1 yang masih belum membuka akaun lagi. Mohon tindakan sewajarnya daripada semua terutama pelajar Tahun 1 & Tahun Akhir Sarjana Muda sebelum/ pada 24 Mac 2026.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.
BANTUAN ONE OFF INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR
Berita baik buat semua Mahasiswa Anak Johor!
Kerajaan Negeri Johor menyediakan Bantuan One Off sebanyak RM200 kepada mahasiswa yang layak bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.
Tanpa syarat pendapatan keluarga
Terbuka kepada semua semester pengajian
Tempoh Permohonan:
6 Mac hingga 14 Mac 2026
Terbuka kepada pelajar:
* Sijil
* Asasi
* Matrikulasi
* Diploma
* Ijazah Sarjana Muda
Melibatkan pelajar di:
* IPTA
* IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
* IPTS bertaraf Universiti (diiktiraf MQA)
* Kolej Matrikulasi
Syarat Kelayakan:
Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad)
ATAU
Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor
Mohon sekarang di pautan berikut: https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php
Ayuh! Permohonan dibuka sehingga 14 Mac 2026 sahaja!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN INISIATIF 1 PELAJAR 1 AKAUN PELABURAN ASNB
Dimaklumkan USIM telah diminta oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung pelaksanaan inisiatif pembukaan akaun pelaburan pelajar bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam kalangan mahasiswa Universiti Awam (UA) yang melibatkan semua pelajar sedia ada.
- Pelajar sedia ada Tahun 1 dan Tahun Akhir Sarjana Muda USIM WAJIB membuka akaun ASNB.
- Pelajar sedia ada tahun lain Sarjana Muda USIM adalah digalakkan membuka akaun ASNB.
- Pelajar Tahun 1 yang telah mendaftar semasa pendaftaran baharu tahun lepas, tidak perlu buka lagi dan tidak perlu isi borang maklumbalas PHEP.
Pelajar Tahun 1 & Tahun Akhir Sarjana Muda yang mendaftar akaun ASNB bakal menerima insentif unit amanah percuma bernilai RM50 selepas pengesahan daripada ASNB. Bagi pelajar tahun-tahun lain, pemberian insentif ini adalah terhad dan berasaskan prinsip first-come, first-served . Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan literasi kewangan serta memupuk budaya pelaburan demi masa depan mahasiswa.
Untuk makluman, BHEP, JPT, KPT dan ASNB memberi tempoh pelaksanaan kepada semua UA bermula 6 Mac hingga 24 Mac 2026.
Sehubungan itu, kerjasama fakulti adalah amat diharapkan dan dimohon untuk:
i. Membuat hebahan kepada semua pelajar terutamanya pelajar Tahun 1 & Tahun Akhir Sarjana Muda;
ii. Membantu pemantauan penyertaan pelajar di peringkat fakulti; dan
iii. Memberi sokongan terhadap pelaksanaan kempen literasi kewangan UA-ASNB.
Berikut adalah pautan QR untuk tindakan selanjutnya.
1. Muat turun aplikasi MyASNB - https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347
2. Borang maklumbalas PHEP - https://forms.office.com/r/rdUbGhQMbw
3. Kit panduan ASNB Celik MADANI - seperti di lampiran
Sekian, terima kasih.
BANTUAN ONE OFF INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR
Berita baik buat semua Mahasiswa Anak Johor!
Kerajaan Negeri Johor menyediakan Bantuan One Off sebanyak RM200 kepada mahasiswa yang layak bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.
Tanpa syarat pendapatan keluarga
Terbuka kepada semua semester pengajian
Tempoh Permohonan: 6 Mac hingga 14 Mac 2026
Terbuka kepada pelajar:
β’ Sijil
β’ Asasi
β’ Matrikulasi
β’ Diploma
β’ Ijazah Sarjana Muda
Melibatkan pelajar di:
β’ IPTA
β’ IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
β’ IPTS bertaraf Universiti (diiktiraf MQA)
β’ Kolej Matrikulasi
Syarat Kelayakan:
Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad)
ATAU:
Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor
Mohon sekarang di pautan berikut: https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php
Ayuh! Permohonan dibuka sehingga 14 Mac 2026 sahaja!
*[PERKHIDMATAN BAS MAJU USIM PULANG KE KAMPUS SEMPENA CUTI AIDILFITRI 2026 π]*
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor π΄π΅.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Anak Johor USIM (MAJU) dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan (GAJ) akan menjalankan Inisiatif Pengangkutan Percuma Mahasiswa Johor Pulang ke USIM yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Johor .
Program ini dilaksanakan di bawah kepimpinan YAB Datoβ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda kebajikan serta menyokong pembangunan modal insan mahasiswa Johor.
Tarikh Pelaksanaan:
π 28 Mac 2026 | 8 Syawal 1447H (Sabtu)
π Dilaksanakan serentak di seluruh Negeri Johor
π Pendaftaran:
https://forms.gle/Bro4GaHYdMeUWFQy5
π Maklumat Lanjut:
https://linktr.ee/GAJ01
Tarikh akhir permohonan: 9 Mac 2026.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Munira: 011-5850 6968
Wardah: 011-5751 8917
Aida: 010-2346 965
Sekian, terima kasih.
_*"BETTER STUDENTS, BETTER JOHORβ*_
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN INISIATIF 1 PELAJAR 1 AKAUN PELABURAN ASNB
Dimaklumkan USIM telah diminta oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung pelaksanaan inisiatif pembukaan akaun pelaburan pelajar bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam kalangan mahasiswa Universiti Awam (UA) yang melibatkan semua pelajar sedia ada.
1. Pelajar sedia ada Tahun 1 dan Tahun Akhir Sarjana Muda USIM WAJIB membuka akaun ASNB.
2. Pelajar sedia ada tahun lain Sarjana Muda USIM adalah digalakkan membuka akaun ASNB.
Pelajar Tahun 1 & Tahun Akhir Sarjana Muda yang mendaftar akaun ASNB bakal menerima insentif unit amanah percuma bernilai RM50 selepas pengesahan daripada ASNB. Bagi pelajar tahun-tahun lain, pemberian insentif ini adalah terhad dan berasaskan prinsip first-come, first-served. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan literasi kewangan serta memupuk budaya pelaburan demi masa depan mahasiswa.
Untuk makluman, BHEP, JPT, KPT dan ASNB memberi tempoh pelaksanaan kepada semua UA bermula 6 Mac hingga 24 Mac 2026.
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar untuk memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan kempen literasi kewangan UA-ASNB dan menyelesaikan pembukaan akaun ASNB dalam tempoh yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.